Kod Sekolah: AEA6063

Ditubuhkan pada 1 Mac 2012.

Majlis Perasmian Sekolah

Oleh DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan pada 24 Jun 2013.

Nik Mohamad Supian Bin Nik Awang

Pengetua Kelima SMK Toh Johan.

SOP Covid 19

Amalkan jarak 1 meter.

Pelancaran Program Jom ke Sekolah

Semoga murid-murid akan rajin bersekolah.

Isnin, 30 Disember 2013

Kembali ke Sekolah

Selamat Kembali ke Sekolah untuk Sesi Persekolahan 2014.

Sekolah dibuka semula untuk sesi persekolahan 2014 pada hari Khamis, 2 Januari 2014.

Di bawah tertera Takwim Persekolahan 2014.







Khamis, 19 Disember 2013

Keputusan PMR 2013 diumumkan


Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2013 diumumkan oleh En Mohamad Suhaimi Talib, Penolong Kanan Pentadbiran, di Dewan Terbuka pada pukul 10:30 pagi tadi.

Dua orang murid diumumkan mendapat A dalam kesemua mata pelajaran iaitu Muhammad Aliff Zikri Azman dan Nur Farhana Idayu bt Alias.


Keputusan kelulusan mengikut mata pelajaran adalah seperti berikut:

BAHASA MELAYU - 94.1%
BAHASA INGGERIS - 62.4%
SEJARAH - 97.6%
GEOGRAFI - 98.8%
BAHASA TAMIL - 80.0%
PENDIDIKAN ISLAM - 86.8%
MATHS - 95.3%
SCIENCE - 94.1%
KHB (KT) - 91.3%
KHB (ERT) - 100.0%

Syabas diucapkan kepada semua murid dan guru.  Semoga keputusan yang dicapai akan menjadi perangsang untuk mencapai kejayaan yang cemerlang pada masa akan datang.


Rabu, 18 Disember 2013

Makluman Mesyuarat-Mesyuarat Bil.1/2014


Untuk makluman dan perhatian semua guru.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat Bil.1/2014 akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama mengikut ketentuan seperti berikut:

Mesyuarat:          Guru / Kurikulum / Panitia
Tarikh:                 23 Disember 2013 (Isnin)
Masa:                  8.30 pagi

Mesyuarat:          Hal Ehwal Murid / Kokurikulum
Tarikh:                 24 Disember 2013 (Selasa)
Masa:                  8.30 pagi

Semua guru hendaklah hadir mesyuarat-mesyuarat tersebut.

Sekian, terima kasih.


Rabu, 11 Disember 2013

Program Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM

Satu taklimat mengenai Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) akan diadakan oleh pihak UiTM mengikut ketentuan berikut:
  • Tarikh:    21 Disember 2013 (Sabtu)
  • Masa:     9.00 pagi
  • Tempat:  Dewan Pekerti, Trong
Semua murid Melayu dan bumiputera Tingkatan 5 2013 serta ibu bapa adalah dijemput hadir.

Program Mengubah Destini Anak Bangsa merupakan program di mana murid Melayu dan bumiputera yang gagal untuk mendapat tempat di universiti kerana merit tidak mencukupi, peningkatan kos pengajian yang tinggi dan kegagalan dalam persaingan mendapatkan tempat pangajian di IPT, dibantu untuk mencapai impian mereka.


UiTM menawarkan program berdasarkan kelayakan pelajar sama ada ke program Pra Perdagangan atau Pra Sains.  Sepanjang program ini juga pelajar-pelajar akan diberi pengisian akademik, pembinaan peribadi dan kerohanian serta pembangunan modal insan.

UiTM percaya bahawa setiap individu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu jika diberi peluang dan ruang serta penerapan nilai-nilai murni bagi membangunkan diri, ilmu, masyarakat dan negara.

Maklumat Penting
  • Program MDAB bertujuan memberi peluang pendidikan kepada anak-anak miskin Melayu dan Bumiputera di bandar dan luar bandar yang berpendapatan (gaji kasar) ibu bapa kurang daripada RM3,000 sebulan.
  • Pelajar yang lulus dalam MDAB layak ditawarkan ke program diploma mengikut syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan oleh UiTM.
  • Calon-calon adalah daripada BUMIPUTERA WARGANEGRA MALAYSIA sahaja.

Sabtu, 30 November 2013

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Melindungi Masa Instruksional (MMI) merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Kesedaran di semua peringkat sama ada di peringkat KPM, JPN, PPD sehingga ke peringkat sekolah dalam memastikan satu usaha berterusan ke arah memastikan budaya mengurus masa yang optimum dan berkualiti dilaksanakan, adalah amat penting demi pembangunan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran.

Objektif pelaksanaan program MMI ialah:
  1. memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan memahami konsep MMI,
  2. memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan dapat meningkatkan usaha MMIdi sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid,
  3. semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dapat menyebarluaskan konsep MMI ke semua sekolah di bawah pentadbiran mereka,
  4. memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan dalam kalangan murid di semua sekolah, dan
  5. memastikan guru mesti berada di dalam kelas dan melaksanakan pembelajaran dengan berkesan.


Muat turun Buku Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Ahad, 24 November 2013

Kumpulan WhatsApp SMK Toh Johan


Apakah dia WhatsApp?

WhatsApp adalah aplikasi pesanan untuk telefon pintar (smartphone).  WhatsApp Messenger merupakan aplikasi pesanan yang membolehkan kita bertukar pesanan tanpa bayaran SMS, kerana WhatsApp Messenger menggunakan paket data internet yang sama untuk e-mel, melayari web dan lain-lain.

Aplikasi WhatsApp Messenger menggunakan sambungan ke 3G atau WiFi untuk komunikasi data. Dengan menggunakan WhatsApp, kita dapat melakukan sembang di talian, berkongsi fail, bertukar foto, video dan lain-lain.


Kumpulan WhatsApp SMK Toh Johan

WhatsApp SMK Toh Johan mula diaktifkan sejak 22 November 2013. Setakat ini 12 guru dapat berinteraksi di dalam kumpulan ini. Melalui WhatsApp, guru-guru dapat berbual walaupun di luar waktu persekolahan.  Selain dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan guru, ianya dapat dijadikan saluran penyebaran maklumat yang bekesan.

Diharap guru-guru lain dapat memasang aplikasi WhatsApp ke telefon pintar dan bersama dalam kumpulan WhatsApp SMK Toh Johan.


Pendaftaran

Sebelum menggunakan WhatsApp anda harus memasang WhatsApp dengan cara berikut:
  1. Muat turun aplikasi tersebut dari laman webnya.
  2. Pasang aplikasi tersebut ke telefon pintar.
  3. Daftar nombor telefon anda tanpa menggunakan 0 atau format antarabangsa (contoh: +60125507355) kerana WhatsApp menggunakan nombor telefon anda untuk mendaftar anda dalam pangkalan datanya.
  4. Aplikasi kemudian akan mengirimkan kod pengesahan melalui SMS yang memerlukan anda untuk mengisikan kod pengesahan tersebut ke langkah selanjutnya. 
  5. Setelah anda mengesahkan nombor telefon anda, Anda sudah bersedia untuk menggunakannya.
  6. Aplikasi WhatsApp akan secara automatis mendata buku telefon anda untuk menunjukkan siapa-siapa saja yang sudah menggunakan WhatsApp. Untuk mengetahui siapa saja yang sudah masuk ke daftar, tekan pada tab kenalan (contact). Mereka yang menggunakan WhatsApp akan mempunyai status bersama nama mereka.
  7. Mulailah perbualan dengan rakan-rakan anda yang menggunakan WhatsApp dengan mengklik nama tersebut.
  8. Anda dapat juga mengundang teman anda untuk menggunakan aplikasi WhatsApp  dengan menggunakan butang “Invite Friends”.

Platform yang disokong

WhatsApp dapat dijalankan oleh beberapa platform iaitu:
  • Apple iOS
  • BlackBerry
  • Android
  • Symbian
  • Nokia Series 40
  • Windows Phone, sementara ini hanya Windows Phone Mango yang menyokong aplikasi ini

Adakah ia percuma untuk menghantar mesej melalui WhatsApp?

Dengan syarat anda mempunyai pelan data internet yang mencukupi untuk telefon pintar anda dan langganan WhatsApp, ia adalah percuma untuk menghantar dan menerima mesej dan media melalui WhatsApp.

WhatsApp Messenger menggunakan sambungan internet telefon anda untuk menghantar dan menerima mesej, gambar, audio, video, lokasi, dan kenalan. Selagi telefon anda tidak merayau (roaming) dan anda tidak melebihi had data anda, mesej WhatsApp tidak memerlukan kos tambahan.

Jika anda bimbang mengenai penggunaan data, adalah dicadangkan anda menggunakan sambungan Wi-Fi, jika boleh.

Walau bagaimanapun, anda perlu sedar perkara berikut:
  1. Jika telefon anda dalam mod perayauan (roaming), caj data mudah alih tambahan mungkin dikenakan. 
  2. WhatsApp tidak menyediakan ciri memanggil. Jika anda melihat butang [Call] dalam WhatsApp, ia adalah sama dengan menggunakan butang [Call] pada telefon anda. Oleh itu, kadar panggilan pembekal talian untuk telefon anda dikenakan dengan menggunakan butang [Call] dalam WhatsApp.
  3. Jika anda menghantar mesej SMS kepada rakan-rakan anda menjemput mereka untuk menggunakan WhatsApp, bayaran perkhidmatan daripada pembekal mudah alih anda juga dikenakan. 


Rabu, 6 November 2013

Logo Baru Kementerian Pendidikan Malaysia

RASIONAL

Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.



Rekabentuk oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia)

Muat Turun

Sumber:  Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.  http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=3884

Selasa, 5 November 2013

Pendaftaran Murid-Murid Tingkatan 1 2014


Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Pendaftaran Murid-Murid Tingkatan Satu 2014 sekolah ini akan diadakan mengikut ketentuan seperti berikut:
Tarikh:     12 November 2013 (Selasa)
Masa:       09.00 pagi
Tempat:   SMK Toh Johan, Trong

Sehubungan dengan itu, murid-murid Tahun Enam SK Toh Johan, SJK (T) Ladang Getah Taiping dan SJK (C) Siu Sin dijemput hadir bersama ibu/bapa atau penjaga dengan membawa dokumen-dokumen berikut:

  • Surat Kemasukan ke Tingkatan Satu
  • Satu salinan Sijil Lahir dan Kad Pengenalan murid
  • Satu salinan Kad Pengenalan ibu
  • Satu salinan Kad Pengenalan bapa / penjaga
  • Satu salinan Slip Gaji / Kenyataan Pendapatan Ibu/Bapa/Penjaga
  • Satu salinan Keputusan UPSR (jika ada)
  • Borang SMM Versi 4 yang lengkap diisi

Khamis, 31 Oktober 2013

Selamat Menyambut Hari Deepavali


Hari Deepavali disambut di Malaysia pada hari Sabtu, 2 November 2013.  Sehubungan dengan itu, sekolah bercuti sempena Deepavali pada hari Jumaat, 1 November, 2013.

Diucapkan selamat menyambut hari Deepavali kepada semua guru dan murid yang beragama Hindu.

Ahad, 27 Oktober 2013

Peperiksaan Akhir Tahun 2013


Peperiksaan Akhir Tahun untuk murid-murid Tingkatan 1, 2 dan 4 akan bermula pada hari Isnin, 28 Oktober 2013.  Diharap semua murid yang terlibat telah bersedia dan akan berjaya dalam peperiksaan.

Berikut adalah Jadual Waktu Peperiksaan.  Sila klik pada pautan yang berkenaan.

Mathematics.. it's nothing short of magic (Part 3)


This time I won't be writing about the fact that mathematics is a wonder. Rather, why don't we (or it's you actually) try to solve a few puzzles that are directly related to mathematical reasoning. By the way, Mathematical Reasoning (Penaakulan Matematik in bahasa Melayu) is the fourth chapter in Mathematics Form 4. Try to solve the puzzles as you don't have to be a mathematician in order to find the solution. I will provide the solution to those who are willing to challenge their brains. Good Luck. By the way, maybe I should write the puzzles in bahasa Melayu..don't you think?
  1. Anda ingin mengupah seorang pekerja untuk satu bulan dengan menawarkannya upah yang berpatutan. Namun, pekerja itu mencadangkan agar dia dibayar 1 sen pada hari pertama, 2 sen pada hari kedua dan 4 sen pada hari ketiga. Upah pada  hari yang seterusnya akan menjadi dua kali ganda daripada hari sebelumnya, hinggalah tamat satu bulan. Sebagai majikan, mahukah anda menerima cadangan pekerja tersebut?

  2. Persamaan berikut nampak seperti satu bukti matematik bahawa 2 bersamaan dengan 1. Namun, ia salah sebenarnya. Kenapa?
 a = b
               aa = ab
          aa - bb = ab - bb
   (a + b)(a - b) = b(a - b)
            a + b = b
            a + a = a
               2a = a
                2 = 1 

Selasa, 22 Oktober 2013

Hari Anugerah Cemerlang 2013


Hari Anugerah Cemerlang 2013 akan berlangsung pada hari Selasa, 29 Oktober 2013 mulai pukul 3.00 petang.  Tahniah diucapkan kepada semua murid yang akan menerima anugerah pada hari tersebut.  Semoga anugerah yang diterima akan memberi semangat untuk terus berjaya di masa akan datang.


Jumaat, 11 Oktober 2013

Kejohanan Balapan dan Padang Kali Pertama 2013


Kejohanan Balapan dan Padang Kali Pertama sekolah kita akan berlangsung pada hari Khamis, 24 Oktober 2013 mulai pukul 2.00 petang.

Untuk kali pertama juga nama-nama Rumah Sukan berikut akan digunakan:
  • Sigma - kuning
  • Beta - biru
  • Alpha - merah
  • Ultra - hijau
Acara-acara sebelum hari kejohanan:

Isnin, 21 Oktober 2013
  • Lontar Peluru P15, Akhir
  • Lontar Peluru L15, Akhir
  • Lontar Peluru P18, Akhir
  • Lontar Peluru L18, Akhir
  • Lompat Jauh L15, Akhir
  • Lompat Jauh P15, Akhir
  • Lompat Jauh L18, Akhir
  • Lompat Jauh P18, Akhir
Selasa, 22 Oktober 2013
  • Merejam Lembing P15, Akhir
  • Merejam Lembing L15, Akhir
  • Lempar Cakera L15, Akhir
  • Lempar Cakera P15, Akhir
  • 400 m P15, Akhir
  • 400 m P18, Akhir
  • 400 m L15, Akhir
  • 400 m L18, Akhir
  • 1500 m P (T), Akhir
  • 1500 m L (T), Akhir
Rabu, 23 Oktober 2013
  • Merejam Lembing L18, Akhir
  • Merejam Lembing P18, Akhir
  • Lempar Cakera L18, Akhir
  • Lempar Cakera P18, Akhir
  • 4x400 m P (T), Akhir
  • 4x400 m L (T), Akhir
  • 800 m P (T), Akhir
  • 800 m L (T), Akhir



Khamis, 10 Oktober 2013

Cuti Hari Raya Aidil Adha


Warga sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua.  Sempena Aidil Adha sekolah telah mengambil Cuti Peristiwa pada hari Isnin, 14 Oktober 2013.  Oleh itu, sekolah akan ditutup untuk Hari Raya Aidil Adha mulai Sabtu, 12 Oktober hingga 15 Oktober 2013.


http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/5993-perayaan-aidiladha.html

Isnin, 7 Oktober 2013

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

“PTK digantikan dengan penilaian baru yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk memastikan ia relevan, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh JPA”
Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12, 21 Mac 2011

STANDARD PRESTASI

Standard prestasi merupakan satu piawai yang perlu dicapai oleh seseorang individu dalam sesuatu bidang/tugas yang telah dilalui dalam satu tempoh berdasarkan satu penanda aras yang ditetapkan.

Standard prestasi dapat memandu penilai dalam melaksanakan aktiviti penilaian prestasi secara objektif, adil dan telus. Selain daripada itu standard prestasi juga dapat membantu Pegawai Yang Dinilai (PYD) mengenalpasti tahap pencapaian yang diharapkan kepadanya dan berusaha untuk meningkatkan kompetensi melalui pelbagai kaedah peningkatan profesionalisme secara berterusan.


SLIDE TOT PBPPP 2013
MANUAL PENGGUNA

Ahad, 29 September 2013

Lawatan oleh Pasukan Pemandu i-THINK Perak, pihak AIM dan JPN





Pada hari Khamis, 26 September 2013, warga SMK Toh Johan telah menerima kunjungan Pasukan Pemandu i-THINK Perak , pihak AIM -Agensi Inovasi Malaysia serta pihak JPN Perak atas lawatan penandaarasan I-THINK ke sekolah-sekolah i-Think Fasa Kedua (2013).

Para pelawat tiba tepat jam 8.30 pagi dan dibawa ke Bilik Mesyuarat Utama untuk sedikit taklimat latar belakang sekolah dan pelaksanaan i-THINK di SMKTJ.

Selesai taklimat, para pelawat di bawa ke PSS untuk melihat demonstrasi nyanyian lagu i-THINK, Penggunaan Peta Buih oleh para pelajar SMKTJ serta melihat hasil kerja pelajar. Kemuadian para guru dibawa melawat ke sekitar sekolah. Lawatan tamat sekitar jam 10.30 pagi.

Terima kasih diucapkan kepada para pelawat di atas kesudian berkunjung ke SMKTJ.
'Terima kasih daun keladi,
ada rezeki, bertemu lagi'.

Jumaat, 6 September 2013

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) yang dilancar hari ini dilihat sebagai pelan holistik yang mampu mentransformasi pendidikan negara ke peringkat global.


Klik pilihan di bawah untuk muat turun:

Permohonan Online Ke Tingkatan 4 SBP

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini membuka permohonan secara atas talian untuk kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2014 bermula daripada 1 September 2013 hingga 15 Oktober 2013.

Permohonan ke SBP beserta panduan dan maklumat berkaitan boleh dicapai dengan melayari laman web KPM di http://www.moe.gov.my atau terus ke laman ini:  http://public.moe.gov.my/ .