Kod Sekolah: AEA6063

Ditubuhkan pada 1 Mac 2012.

Majlis Perasmian Sekolah

Oleh DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan pada 24 Jun 2013.

Nik Mohamad Supian Bin Nik Awang

Pengetua Kelima SMK Toh Johan.

SOP Covid 19

Amalkan jarak 1 meter.

Pelancaran Program Jom ke Sekolah

Semoga murid-murid akan rajin bersekolah.

Jumaat, 31 Mac 2017

Gotong Royong Program Perak Bersih


Kerajaan Negeri Perak mengadakan Program Perak Bersih dengan pelancaran di peringkat negeri oleh YAB Menteri Besar Perak di Ipoh pada hari Jumaat, 31 Mac 2017.  Pelancaran di peringkat daerah dilakukan serentak pada tarikh tersebut.

Pelancaran di Daerah Larut Matang dan Selama diadakan di Gelanggang Bola Keranjang Pokok Assam, Taiping. Antara pengisian program adalah aktiviti gotong-royong.

Kita melaksanakan Gotong Royong Program Perak Bersih Peringkat Sekolah pada pagi hari Jumaat, 31 Mac 2017. Murid-murid dan guru-guru bergotong royong membersih dan mengindah bilik-bilik darjah serta bilik-bilik khas.  Pekerja-pekerja sekolah pula membersihkan sekitar kawasan sekolah.



Rabu, 29 Mac 2017

Pasukan Anti-Denggi Sekolah Bertindak!

Pasukan Anti-Denggi Sekolah yang terdiri daripada semua Penolong Ketua Tingkatan (lima belas orang, seorang dari setiap kelas Tingkatan Satu hingga Lima) telah melaksanakan aktiviti "Cari dan Musnah" pagi tadi.

Aktiviti ini, yang diselia oleh Pn. Noni Karim, Setiausaha Jawatankuasa Kesihatan, dijalankan untuk memeriksa dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes, jika ada, di persekitaran sekolah.


Sabtu, 25 Mac 2017

Pengetua bertukar ke SMK Tengku Menteri



Cik Salmah binti Zakaria, Pengetua kita yang disayangi bertukar ke SMK Tengku Menteri, Changkat Jering mulai 1 Mac 2017.  Beliau dilantik sebagai Pengetua, SMK Toh Johan mulai 25 Januari 2014.

Seluruh warga SMK Toh Johan mendoakan Cik Salmah akan terus berkhidmat cemerlang di sekolah baru.

Majlis Send-off Pengetua pada hari Isnin, 27 Mac 2017



BIODATA CIK SALMAH BINTI ZAKARIA

Lahir pada 22 Jun 1959 di Taiping, Perak.

1975-1977
Menamatkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Perempuan Methodist, Tengkera, Melaka.

1978-1979
Menamatkan pendidikan menengah atas di Sekolah Tinggi Melaka, Melaka.

1980-1984
Tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Kemanusiaan dengan Pendidikan di Universiti Sains Malaysia.


SEJARAH PERKHIDMATAN

1984-1988
Guru Penolong di SMK Majakir, Papar, Sabah

1989-1991
Guru Penolong di SMK Dato' Hj Hussein, Selama, Perak

1991-1994
Guru Penolong di SMK Tengku Menteri, Changkat Jering, Perak

1994-2003
Guru Kanan Kemanusiaan di SMK Tengku Menteri, Changkat Jering, Perak

2004-2007
Penolong Kanan Kokurikulum di SMK Tengku Menteri, Changkat Jering, Perak

2007-2011
Penolong Kanan Petang di SMK Dr Burhanuddin, Taiping, Perak

2011-2014
Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi, Changkat Jering, Perak.

25 Januari 2014
Pengetua, SMK Toh Johan, Trong, Perak.

1 Mac 2017
Pengetua, SMK Tengku Menteri, Changkat Jering, Perak.