Kod Sekolah: AEA6063

Ditubuhkan pada 1 Mac 2012.

Majlis Perasmian Sekolah

Oleh DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan pada 24 Jun 2013.

Nik Mohamad Supian Bin Nik Awang

Pengetua Kelima SMK Toh Johan.

SOP Covid 19

Amalkan jarak 1 meter.

Pelancaran Program Jom ke Sekolah

Semoga murid-murid akan rajin bersekolah.

Rabu, 26 Jun 2013

Raja Dr Nazrin Merasmikan Sekolah


Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah merasmikan sekolah pada hari Isnin, 24 Jun 2013.


Turut berangkat sama ialah Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd. Ghazali Jalal; Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud serta beberapa Exco kerajaan negeri.

Lihat berita di Utusan Malaysia: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130625/dn_09/Bahasa-Melayu-instrumen-perpaduan---Raja-Dr-Nazrin

Video amatur di Bilik Pameran.
Maaf audio kurang memuaskan. Tahniah kepada ketiga-tiga pelajar, Theva Thev, Aliff Zikri dan Farhana.

Selasa, 11 Jun 2013

Persiapan Untuk Perasmian Sekolah Semakin Rancak


Sila klik pada imej untuk melihatnya lebih jelas.
SMK Toh Johan, Trong akan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada hari Isnin, 24 Jun 2013. 

Untuk itu, segala persiapan sedang disusun rapi untuk memastikan perjalanan acara berjalan dengan sempurna dan lancar.  Raptai awal acara perasmian akan dijalankan pada petang hari Rabu, 12 Jun 2013 dan Khamis, 13 Jun 2013.

Sila klik pada imej untuk melihatnya lebih jelas.
Buku Program
Sila klik pada imej untuk melihatnya lebih jelas.