Kod Sekolah: AEA6063

Ditubuhkan pada 1 Mac 2012.

Majlis Perasmian Sekolah

Oleh DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan pada 24 Jun 2013.

Nik Mohamad Supian Bin Nik Awang

Pengetua Kelima SMK Toh Johan.

SOP Covid 19

Amalkan jarak 1 meter.

Pelancaran Program Jom ke Sekolah

Semoga murid-murid akan rajin bersekolah.

Khamis, 23 Mei 2013

Sekolah Bercuti Sehingga 9 Jun 2013


Diucapkan selamat bercuti kepada semua murid. Manfaatkan cuti sekolah dengan aktiviti berfaedah. Dengarlah pesanan ibu dan bapa dan bantulah mereka semasa cuti ini.

Selamat bercuti dan jangan lupa untuk kembali ke sekolah pada 10hb Jun 2013.

SELAMAT BERCUTI!
[ Petikan daripada: http://kalambestari66.blogspot.com/2013/03/selamat-bercuti.html ]

Selamat bercuti cikgu ucapkan,      
Buat anak-anak didik sekalian;
Minda dah penat perlu direhatkan,    
Namun ilmu jangan dikesampingkan.

Belajarlah terus menghargai masa,
Jangan dibiar berlalu sia-sia;
Ibarat emas begitulah harga,
Sering dikias dalam bahasa.

Ayahbonda hendaklah dihormat,
Usah dilupa walau sesaat;
Seratus persen Allah ditaat,
Supaya hidup kita selamat.

Kerja sekolah yang guru suruh,
Jangan suka ditangguh-tangguh;
Buatlah dengan bersungguh-sungguh,
Jangan tinggalkan separuh-separuh.

Manfaatkan masa dengan berhemah,
Teruskan kebaikan dengan istiqomah;
Walaupun banyak waktu di rumah,
Ilmu pengetahuan boleh ditambah.

Kalau duduk menghadap facebook,
Buatlah status yang elok-elok;
Jangan sampai tersengguk-sengguk,
Pembaziran masa memang dikutuk.

Cubalah berjalan rehatkan minda,
Terperuk di rumah tension kita;
Eratkan ukhuwah sanak saudara,        
Handai taulan dikunjung sama.

Bercuti begini peluang keemasan,
Boleh dicari pelbagai kemahiran;
Bekalan hidup masa hadapan,
Bersama keluarga jalin kemesraan.

Kalau berpeluang kaki melangkah,
Dunia luar sesekali diziarah;
Sambil menikmati ciptaan Allah,
Bersyukurlah atas segala anugerah.


Jumaat, 17 Mei 2013

Senarai Pelantikan Baru Menteri dan Timbalan Menteri Kementerian Pelajaran

Berikut merupakan senarai pelantikan baru Menteri dan Timbalan Menteri Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi:









(1) MENTERI I: 
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN








(2) MENTERI II: 
YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH








(3) TIMBALAN MENTERI I: 
YB DATUK MARY YAP KAIN CHING








(4) TIMBALAN MENTERI II: 
YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN


Sumber:  Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.  http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=3268

Khamis, 16 Mei 2013

Sambutan Hari Guru Meriah

Sukaneka Guru dan Murid
Hari Guru 2013 disambut sederhana tetapi dalam suasana yang meriah. Guru-guru diarak dengan paluan kompang ke Dataran Perhimpunan pada pukul 8.00 pagi.  Turut hadir ialah Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Tn Hj Hamdan bin Murad.

Acara sambutan diserikan dengan beberapa persembahan guru-guru dan murid-murid.  Turut diadakan adalah sukaneka dan perlawanan futsal yang melibatkan guru-guru dan murid-murid.

 

Selasa, 14 Mei 2013

Perutusan Pengarah Pelajaran Perak Sempena Hari Guru 2013

Tn. Hj. Muhamat Roli Bin Haji Hassan, P.M.P, A.M.N, A.M.P

Assalamualaikum  Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya.

Alhamdulillah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran Ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin dan limpah kurnia-NYA kita sama-sama diberi kesempatan meraikan sambutan Hari Guru Tahun 2013. Saban tahun tanggal 16 Mei kita menyambut Hari Guru sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan yang tidak terhingga terhadap jasa, pengorbanan dan sumbangan besar para guru.

            Peranan guru dilihat menjadi amat penting dalam memastikan kejayaan individu dan pencapaian matlamat pendidikan negara apatah lagi dalam menjayakan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara (PPPM) 2013-2025.  Hal ini bertepatan dengan tema sambutan Hari Guru pada tahun ini iaitu Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda. Menjadi tanggungjawab guru-guru khususnya di negeri Perak untuk sama-sama menghayati dan merealisasikan tema pada tahun ini yang menfokuskan kepada melahirkan murid-murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

            Dalam konteks tema sambutan Hari Guru pada tahun ini, 1 Aspirasi membawa maksud menterjemahkan cita-cita murni Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa, kesaksamaan untuk semua murid tanpa mengira kedudukan geografi, jantina atau latar belakang sosioekonomi, memupuk perpaduan dan memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada. Manakala 1 Agenda pula membawa pengertian semua guru berpegang pada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM dan perlunya berpegang teguh kepada etika profesion keguruan, yang mempunyai satu agenda atau tugas utama dalam melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

         Saya amat berharap guru-guru di negeri Perak ini sentiasa bersedia dan berusaha gigih untuk memainkan peranan penting dalam menjayakan agenda besar Transformasi Pendidikan Negara. Sebagai guru kita sewajarnya mengikuti dengan penuh minat setiap perkembangan yang berlaku berkaitan  Transformasi Pendidikan Negara khususnya PPPM agar kita tidak ditelan gelombang yang sedang membadai. Di samping itu komitmen tinggi seluruh warga pendidik ditanggih agar kita berjaya melaksanakan segala perancangan yang dibuat untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan di negeri Perak. Dalam hal ini saya telah menggariskan 9 perkara yang perlu diberikan perhatian oleh kepimpinan sekolah dan semua guru di negeri Perak iaitu:

  1. Meningkatkan band sekolah sekurang-kurangnya 1 band dan sifar band 5, 6 dan 7.
  2. Memantapkan keupayaan pentadbir (Kepimpinan Instruksional).
  3. Memantapkan pelaksanaan Headcount di peringkat JPN, PPD, sekolah dan panitia.     
  4. Memastikan kelas peperiksaan diajar oleh guru opsyen.
  5. Melaksanakan tindakan intervensi mengikut potensi murid.     
  6. Memanfaatkan khidmat bimbingan daripada Guru Cemerlang.
  7. Memperkasa pedagogi guru mata pelajaran kritikal.     
  8. Menambah bilangan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) dan penerima Anugerah Tawaran Baru (New Deal).
  9. Memastikan sekolah berada dalam kesiapsiagaan.      

          Dalam mencapai hasrat di atas saya berharap semua guru di negeri Perak melaksanakan kerja bertaraf kelas pertama. Sesuatu hasil kerja bertaraf kelas pertama bukan sahaja memberikan kebaikan kepada pekerja itu sendiri tetapi juga kepada masyarakat di sekitarnya. Dalam dunia pendidikan, hasil kerja bertaraf kelas pertama menjadi impian dan harapan Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk mencapai mutu kerja kelas pertama, sesuatu yang perlu dilakukan ialah budaya kerja kelas pertama. Banyak kekangan dan rintangan yang menjadi penghalang untuk membudayakan kerja kelas pertama ini, tetapi golongan guru yang memahaminya  tidak rasa ia sesuatu yang sukar dilakukan.

         Sebagai guru terdapat beberapa perkara yang perlu dihayati sekiranya inginkan budaya kerja kelas pertama dijadikan amalan dalam perkhidmatan antaranya amalan integriti dalam budaya kerja, bekerja secara berpasukan, melaksanakan penyelidikan dan pembangunan, ikhlas dalam pekerjaan dan beretika. Bagi mencapai matlamat budaya kerja kelas pertama, guru perlu menghayati segala amalan kerja seharian mencakupi kehendak masyarakat, murid dan organisasi. Dengan adanya budaya kerja kelas pertama akan dapat membantu segala perancangan yang diatur mencapai objektif dan sekaligus mencapai segala yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Sudah menjadi harapan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Perak ingin memastikan semua guru memberikan perkhidmatan terbaik sehingga visi dan misi KPM tercapai.

        Sempena sambutan Hari Guru yang amat bermakna dan bersejarah ini, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua guru di negeri Perak yang telah mengorbankan masa dan tenaga serta memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan yang berilmu, berkemahiran  dan berkeperibadian mulia. Semoga kita akan diberikan kejayaan yang lebih cemerlang dalam akademik, kokurikulum, sahsiah dan imej serta melonjakkan agenda Transformasi Pendidikan Negara dengan mengamal dan menghayati sepenuhnya ‘Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda’.

Selamat Hari Guru!  Terima Kasih Cikgu!

Wabillahi taufik walhidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Sumber:  Portal Rasmi Jabatan Pelajaran Negeri Perak.  http://www.pelajaranperak.gov.my/perak/index.php?option=com_content&view=article&id=367&catid=28:pusat-media

Isnin, 13 Mei 2013

Sekolah Akan Dirasmikan oleh Raja Dr Nazrin Shah


SMK Toh Johan, Trong akan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada hari Isnin, 24 Jun 2013.


Sehubungan dengan itu, persiapan rapi sedang diatur untuk menyambut keberangkatan DYMM Pemangku Raja Perak.  Mesyuarat Jawatankuasa Induk Perasmian SMK Toh Johan yang dipengerusikan oleh Yang Berusaha Tn. Hj. Muhamat Roli bin Haji Hassan, Pengarah Pelajaran Negeri Perak telah diadakan pada 10 Mei 2013.

______________________________________________________________


Raja Dr Nazrin, 57, yang diputerakan pada 27 November 1956 di Pulau Pinang, sebelum ini pernah dilantik sebagai Pemangku Raja ketika Sultan Azlan dilantik Yang di-Pertuan Agong ke-9 dari tahun 1989 hingga 1994.

Putera sulung Sultan Azlan dan Tuanku Bainun itu diisytihar sebagai Raja Muda Perak pada 15 April 1984, kira-kira dua minggu selepas Sultan Azlan ditabal sebagai Sultan Perak.

Raja Dr Nazrin menerima pendidikan awal di St. John's Institution, Kuala Lumpur dan memiliki Sarjana Muda (Kepujian) dalam Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, Sarjana dalam Pentadbiran Awam dari Kennedy School of Government, Harvard University dan ijazah Doktor Falsafah dalam Ekonomi Politik dan Kerajaan, Universiti Harvard.

Baginda dilantik sebagai Duta Kewangan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC), merupakan Pro-Canselor Universiti Malaya sejak 1989 dan pengerusi Lembaga Pengelola Kolej Melayu Kuala Kangsar serta menerima jemputan menjadi Fellow Eminent Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis) Malaysia berkuatkuasa 1 Mei, 2007.

Baginda melangsungkan perkahwinan dengan Tuanku Zara di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, pada 17 Mei 2007.

-- BERNAMA [ http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=310589 ]

Rabu, 8 Mei 2013

Guru Malaysia: 1 Aspirasi 1 Agenda


Sambutan Hari Guru peringkat sekolah akan diadakan pada 16 Mei 2013.  Tema Hari Guru pada tahun ini adalah "Guru Malaysia: 1 Aspirasi 1 Agenda".

Acara sambutan dirancang dan dikelola oleh Badan Pengawas Sekolah dengan kerjasama Majlis Ketua Tingkatan.


Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru.  Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Khamis, 2 Mei 2013

Mesti Ada Untuk Keluar Kelas


Peraturan Sekolah ada menyebut bahawa semua murid mesti berada di kelas semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.  Oleh itu, tidak sepatutnya murid berada di tempat-tempat lain semasa guru mengajar.

Walaubagaimanapun, jika murid perlu keluar meninggalkan kelas, Kad Kebenaran Keluar Kelas mestilah diminta daripada guru.  Murid yang tidak dapat menunjukkan kad kebenaran dianggap telah keluar daripada kelas tanpa kebenaran guru atau ponteng kelas.

Rabu, 1 Mei 2013

Semak Slip Peperiksaan Secara Online

Murid dan ibu bapa boleh menyemak keputusan peperiksaan di talian menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.  Sistem ini menyediakan semakan bagi Tingkatan 2 dan ke atas.

Alamat semakan keputusan peperiksaan adalah seperti berikut:

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 4 & 5


Tingkatan 4

RABU, 08-05-2013
08.00 - 10.30  Fizik 2 (Tingkatan 4 Anggerik sahaja)
11.30 - 01.30  Matematik Tambahan 1 (Tingkatan 4 Anggerik sahaja)

KHAMIS, 09-05-2013
08.00 - 10.15  Bahasa Melayu 1
11.20 - 01.50  Bahasa Melayu 2

JUMAAT, 10-05-2013
08.00 - 10.00  Pendidikan Islam 1
08.00 - 09.45  Bahasa Tamil 1
10.40 - 11.40  Sejarah 1

ISNIN, 13-05-2013
08.00 - 10.30  Sejarah 2
11.20 - 02.20  Sejarah 3

SELASA, 14-05-2013
08.00 - 10.30  Matematik 2
11.20 - 01.20  Perdagangan (Tingkatan 4 Bakawali sahaja)
11.20 - 01.50  Matematik Tambahan 2 (Tingkatan 4 Anggerik sahaja)

RABU, 15-05-2013
08.00 - 10.30  Pendidikan Moral / Tasawwur Islam 2
11.20 - 01.50  Bahasa Inggeris 2

KHAMIS, 16-05-2013
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

JUMAAT, 17-05-2013
08.00 - 09.45  Bahasa Inggeris 1
10.35 - 11.50  Matematik 1

ISNIN, 20-05-2013
08.20 - 10.50  Sains 2 (Tingkatan 4B & C) / Biologi 2 (Tingkatan 4A)
11.20 - 12.35  Sains 1 (Tingkatan 4B & C) / Biologi 1 (Tingkatan 4A)
12.50 - 02.20  PSK

SELASA, 21-05-2013
07.50 - 10.50  PSV 2 (Tingkatan 4B & C)
08.00 - 10.30  Kimia 2 (Tingkatan 4A)
11.20 - 01.00  Pendidikan Islam 2
11.20 - 01.35  Bahasa Tamil 2

RABU, 22-05-2013
08.00 - 09.15  Kimia 1 (Tingkatan 4A) / PSV (Tingkatan 4B & 4C)
09.30 - 10.45  Perdagangan 1 (Tingkatan 4B) / Fizik 1 (Tingkatan 4 A)
11.30 - 01.00  Kimia 3

KHAMIS, 23-05-2013
08.00 - 09.15  Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
09.20 - 10.35  Tasawwur Islam 1
09.20 - 10.50  Biologi 3 (Tingkatan 4 Anggerik)
11.30 - 01.00  Fizik 3 (Tingkatan 4 Anggerik)



Tingkatan 5

JUMAAT, 10-05-2013
08.00 - 10.00  Pendidikan Islam 1
08.00 - 09.45  Bahasa Tamil 1
10.35 - 11.50  Tasawwur Islam 1

ISNIN, 13-05-2013
08.00 - 10.30  Sejarah 2
11.20 - 02.20  Sejarah 3

SELASA, 14-05-2013
08.00 - 10.15  Bahasa Melayu 1
11.20 - 01.50  Bahasa Melayu 2

RABU, 15-05-2013
08.00 - 09.00  Sejarah 1
09.15 - 10.30  PJK
11.20 - 01.50  Bahasa Inggeris 2

KHAMIS, 16-05-2013
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

JUMAAT, 17-05-2013
08.00 - 10.00  Ekonomi Asas 2 (Ting 5A) / Perdagangan 2 (Ting 5B)
10.35 - 11.50  Matematik 1

ISNIN, 20-05-2013
08.20 - 10.50  Sains 2
11.20 - 12.35  Sains 1
12.45 - 02.30  Bahasa Inggeris 1

SELASA, 21-05-2013
07.50 - 10.50  PSV 2 (Tingkatan 5 Bakawali)
08.00 - 10.30  Prinsip Akaun 2 (Tingkatan 5 Anggerik)
11.20 - 01.00  Pendidikan Islam 2
11.20 - 01.35  Bahasa Tamil 2

RABU, 22-05-2013
08.00 - 09.15  Prinsip Akaun 1 (Ting 5 Anggerik) / PSV 1 (Ting 5 Bakawali)
09.30 - 10.45  Ekonomi Asas 1 (Ting 5A) / Perdagangan 1 (Ting 5B)
11.20 - 01.50  Pendidikan Moral / Tasawwur Islam 2

KHAMIS, 23-05-2013
08.00 - 10.30  Matematik 2
11.30 - 01.00  PSK

Sila klik di sini untuk melihat Jadual Peperiksaan Tingkatan 1, 2 dan 3.