Sabtu, 30 November 2013

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Melindungi Masa Instruksional (MMI) merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Kesedaran di semua peringkat sama ada di peringkat KPM, JPN, PPD sehingga ke peringkat sekolah dalam memastikan satu usaha berterusan ke arah memastikan budaya mengurus masa yang optimum dan berkualiti dilaksanakan, adalah amat penting demi pembangunan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran.

Objektif pelaksanaan program MMI ialah:
  1. memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan memahami konsep MMI,
  2. memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan dapat meningkatkan usaha MMIdi sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid,
  3. semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dapat menyebarluaskan konsep MMI ke semua sekolah di bawah pentadbiran mereka,
  4. memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan dalam kalangan murid di semua sekolah, dan
  5. memastikan guru mesti berada di dalam kelas dan melaksanakan pembelajaran dengan berkesan.


Muat turun Buku Melindungi Masa Instruksional (MMI)