Kod Sekolah: AEA6063

Ditubuhkan pada 1 Mac 2012.

Majlis Perasmian Sekolah

Oleh DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan pada 24 Jun 2013.

Nik Mohamad Supian Bin Nik Awang

Pengetua Kelima SMK Toh Johan.

SOP Covid 19

Amalkan jarak 1 meter.

Pelancaran Program Jom ke Sekolah

Semoga murid-murid akan rajin bersekolah.

Khamis, 30 Januari 2014

Selamat Bercuti Sempena Tahun Baru Cina


Sekolah mula bercuti hari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina.  Diharap murid-murid sentiasa menjaga keselamatan diri semasa bercuti. 

Perayaan Tahun Baru Cina (31 Januari - 1 Februari 2014)
30-01-2014 (Khamis), Cuti Peristiwa 
03-02-2014 (Isnin), Cuti Berganti - ganti pada 25-01-2014 (Sabtu)
04-02-2014 (Selasa), Cuti Berganti - ganti pada 15-02-2014 (Sabtu)

Isnin, 27 Januari 2014

Selamat Datang Pengetua Baru

Puan Pengetua, Cik Salmah Zakaria (dua dari kiri) diiringi
Penolong-Penolong Kanan ke pentas.
Hari ini sekali lagi tercatat dalam lipatan sejarah SMK Toh Johan kerana Cik Salmah binti Zakaria disambut kehadiran beliau sebagai Pengetua yang ketiga.

Cik Salmah Zakaria tiba tepat pada pukul 7.25 pagi di foyer sekolah disambut oleh Penolong-Penolong Kanan dan kemudiannya diperkenalkan kepada guru-guru.

Ketibaan Puan Pengetua di pentas perhimpunan diiringi dengan tepukan gemuruh murid-murid yang telah sedia menanti.  Majlis Sambutan Pengetua dilengkapkan dengan ucapan alu-aluan En Mohamad Suhaimi bin Talib, Penolong Kanan Pentadbiran dan ucapan sulung Pengetua baru, Cik Salmah binti Zakaria.


Ahad, 26 Januari 2014

Majlis Perutusan YAB Menteri Pendidikan Tahun 2014


Majlis Perutusan YAB Menteri Pendidikan Tahun 2014 boleh ditonton secara langsung pada 28 Januari 2014, jam 10.30 pagi melalui TV1 dan laman web-laman web berikut:



Jumaat, 24 Januari 2014

Tuan Pengetua Bertukar


En. Suhaimi bin Ramli menyampaikan ucapan terakhir beliau sebagai Pengetua, SMK Toh Johan, Trong di satu Majlis Perhimpunan Khas sempena pertukaran beliau ke SMK Pangkalan TLDM, Lumut mulai 25 Januari 2014.  Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Dipertua PIBG, Tn Hj Hamdan bin Murad, Naib Yang Dipertua PIBG, En. Tarmizi bin Hj Basri dan AJK PIBG, En. Veerapan a/l Govindasamy.


SMK Toh Johan akan diterajui oleh Pengetua yang ketiga iaitu Cik Salmah bt Zakaria.  Beliau adalah mantan Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi, Changkat Jering.



Khamis, 23 Januari 2014

Cuti Sekolah dan Cuti Berganti Bersempena dengan Perayaan Keagamaan


Pemberitahuan cuti sekolah dan cuti berganti bersempena dengan perayaan-perayaan keagamaan.

Jadual cuti berkenaan adalah seperti berikut:

Perayaan Tahun Baru Cina (31 Januari - 1 Februari 2014)
30-01-2014 (Khamis), Cuti Peristiwa 
03-02-2014 (Isnin), Cuti Berganti - ganti pada 25-01-2014 (Sabtu)
04-02-2014 (Selasa), Cuti Berganti - ganti pada 15-02-2014 (Sabtu)

Perayaan Hari Raya Aidil Fitri (28-29 Julai 2014)
30-07-2014 (Rabu), Cuti Peristiwa
31-07-2014 (Khamis), Cuti Berganti - ganti pada 10-05-2014 (Sabtu)
01-08-2014 (Jumaat), Cuti Berganti - ganti pada 21-06-2014 (Sabtu)

Perayaan Hari Deepavali (22 Oktober 2014)
20-10-2014 (Isnin), Cuti Berganti, ganti pada 23-08-2014 (Sabtu)
21-10-2014 (Selasa), Cuti Peristiwa
23-10-2014 (Khamis), Cuti Berganti, ganti pada 27-09-2014 (Sabtu)
24-10-2014 (Jumaat), Cuti Berganti, ganti pada 11-10-2014 (Sabtu)


Rabu, 22 Januari 2014

Rabu, 8 Januari 2014

Pengemaskinian Data Murid 2014 dalam APDM


Untuk perhatian dan tindakan semua Guru Kelas.

Murid pindah keluar atau pindah masuk
  • Guru kelas perlu pastikan murid yang telah bertukar mesti dihapuskan data mereka.
  • Murid yang pindah masuk, guru kelas boleh dapatkan data melalui kemasukan nombor dokumen yang digunakan ( MyKid / Sijil Kelahiran / No. Passport ). Sekiranya tiada maklumat, guru kelas perlu key-in semula secara manual.

Maklumat penting untuk Guru Kelas
  • Guru kelas perlu pastikan bilangan murid adalah sama seperti di dalam kelas .
  • Guru kelas perlu kemaskini maklumat murid terutama alamat dan gaji ibubapa dari masa ke semasa.
  • Pastikan nombor MyKid/Sijil Lahir dan nama murid diisi dengan betul.
Enrolmen dan maklumat murid bagi sesi persekolahan 2014 perlu dikemaskini untuk keperluan terkini pentaksiran (SAPS dan SPPBS) dan bantuan murid. 

Mohon pengemaskinian maklumat ibu/bapa/penjaga untuk permohonan Bantuan/Biasiswa (sila beri keutamaan kepada permohonan baru).

Pengemaskinian hendaklah siap pada atau sebelum 12 Januari 2014.

Log masuk laman Pangkalan Data Murid (APDM) di URL berikut:  http://apdm.moe.gov.my

ID Pengguna: [ nombor Kad Pengenalan Guru Kelas ]
Kata Laluan:  guru


Isnin, 6 Januari 2014

Pengetua Melancarkan Program Ponteng Sifar 2014


Program Ponteng Sifar 2014 telah dilancarkan dengan rasmi oleh Tuan Pengetua, En Suhaimi bin Ramli semasa Perhimpuan Rasmi Mingguan, Isnin 6 Januari 2014.


Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran di kalangan murid dan guru tentang pentingnya peranan mereka dalam mengurangkan kadar ponteng sekolah dan ponteng kelas.  Hal ini juga dapat membaiki tahap disiplin dan akademik setiap murid dan sekali gus menaikkan reputasi SMK Toh Johan.


Objektif Program:
  • Menyedarkan murid tentang pentingnya hadir ke sekolah dan berada di dalam kelas pada setiap masa pengajaran dan pembelajaran.
  • Murid dapat mengetahui dan memahami implikasi gejala ponteng.
  • Menanam, menghayati dan mengamalkan budaya positif di kalangan murid.
Aktiviti Program:
  • Maklumat Kehadiran Harian untuk e-Kehadiran oleh Guru Kelas
  • Pengisian Maklumat Kehadiran Murid Semasa Pengajaran dan Pembelajaran oleh Guru Mata Pelajaran
  • Pengeluaran Surat-surat Amaran Tidak Hadir ke Sekolah oleh Guru Kelas
  • Sijil Penghargaan untuk Kelas Peratus Kehadiran Tertinggi setiap bulan
  • Sijil Penghargaan untuk Murid Hadir Penuh Bulanan
"Jom kita ke sekolah; moh kita ke kelas!"