Ahad, 24 November 2013

Kumpulan WhatsApp SMK Toh Johan


Apakah dia WhatsApp?

WhatsApp adalah aplikasi pesanan untuk telefon pintar (smartphone).  WhatsApp Messenger merupakan aplikasi pesanan yang membolehkan kita bertukar pesanan tanpa bayaran SMS, kerana WhatsApp Messenger menggunakan paket data internet yang sama untuk e-mel, melayari web dan lain-lain.

Aplikasi WhatsApp Messenger menggunakan sambungan ke 3G atau WiFi untuk komunikasi data. Dengan menggunakan WhatsApp, kita dapat melakukan sembang di talian, berkongsi fail, bertukar foto, video dan lain-lain.


Kumpulan WhatsApp SMK Toh Johan

WhatsApp SMK Toh Johan mula diaktifkan sejak 22 November 2013. Setakat ini 12 guru dapat berinteraksi di dalam kumpulan ini. Melalui WhatsApp, guru-guru dapat berbual walaupun di luar waktu persekolahan.  Selain dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan guru, ianya dapat dijadikan saluran penyebaran maklumat yang bekesan.

Diharap guru-guru lain dapat memasang aplikasi WhatsApp ke telefon pintar dan bersama dalam kumpulan WhatsApp SMK Toh Johan.


Pendaftaran

Sebelum menggunakan WhatsApp anda harus memasang WhatsApp dengan cara berikut:
  1. Muat turun aplikasi tersebut dari laman webnya.
  2. Pasang aplikasi tersebut ke telefon pintar.
  3. Daftar nombor telefon anda tanpa menggunakan 0 atau format antarabangsa (contoh: +60125507355) kerana WhatsApp menggunakan nombor telefon anda untuk mendaftar anda dalam pangkalan datanya.
  4. Aplikasi kemudian akan mengirimkan kod pengesahan melalui SMS yang memerlukan anda untuk mengisikan kod pengesahan tersebut ke langkah selanjutnya. 
  5. Setelah anda mengesahkan nombor telefon anda, Anda sudah bersedia untuk menggunakannya.
  6. Aplikasi WhatsApp akan secara automatis mendata buku telefon anda untuk menunjukkan siapa-siapa saja yang sudah menggunakan WhatsApp. Untuk mengetahui siapa saja yang sudah masuk ke daftar, tekan pada tab kenalan (contact). Mereka yang menggunakan WhatsApp akan mempunyai status bersama nama mereka.
  7. Mulailah perbualan dengan rakan-rakan anda yang menggunakan WhatsApp dengan mengklik nama tersebut.
  8. Anda dapat juga mengundang teman anda untuk menggunakan aplikasi WhatsApp  dengan menggunakan butang “Invite Friends”.

Platform yang disokong

WhatsApp dapat dijalankan oleh beberapa platform iaitu:
  • Apple iOS
  • BlackBerry
  • Android
  • Symbian
  • Nokia Series 40
  • Windows Phone, sementara ini hanya Windows Phone Mango yang menyokong aplikasi ini

Adakah ia percuma untuk menghantar mesej melalui WhatsApp?

Dengan syarat anda mempunyai pelan data internet yang mencukupi untuk telefon pintar anda dan langganan WhatsApp, ia adalah percuma untuk menghantar dan menerima mesej dan media melalui WhatsApp.

WhatsApp Messenger menggunakan sambungan internet telefon anda untuk menghantar dan menerima mesej, gambar, audio, video, lokasi, dan kenalan. Selagi telefon anda tidak merayau (roaming) dan anda tidak melebihi had data anda, mesej WhatsApp tidak memerlukan kos tambahan.

Jika anda bimbang mengenai penggunaan data, adalah dicadangkan anda menggunakan sambungan Wi-Fi, jika boleh.

Walau bagaimanapun, anda perlu sedar perkara berikut:
  1. Jika telefon anda dalam mod perayauan (roaming), caj data mudah alih tambahan mungkin dikenakan. 
  2. WhatsApp tidak menyediakan ciri memanggil. Jika anda melihat butang [Call] dalam WhatsApp, ia adalah sama dengan menggunakan butang [Call] pada telefon anda. Oleh itu, kadar panggilan pembekal talian untuk telefon anda dikenakan dengan menggunakan butang [Call] dalam WhatsApp.
  3. Jika anda menghantar mesej SMS kepada rakan-rakan anda menjemput mereka untuk menggunakan WhatsApp, bayaran perkhidmatan daripada pembekal mudah alih anda juga dikenakan.