Kod Sekolah: AEA6063

Ditubuhkan pada 1 Mac 2012.

Majlis Perasmian Sekolah

Oleh DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan pada 24 Jun 2013.

Nik Mohamad Supian Bin Nik Awang

Pengetua Kelima SMK Toh Johan.

SOP Covid 19

Amalkan jarak 1 meter.

Pelancaran Program Jom ke Sekolah

Semoga murid-murid akan rajin bersekolah.

Rabu, 14 November 2012

Kreatif !


Kredit kepada Yazid Zedan daripada kelas 2 Cempaka 2012 di atas kreativiti menghasilkan origami bentuk burung untuk dijadikan hiasan pada lampu.


Inilah hasil kerja tangan para Pengawas Pusat Sumber dan pelajar SMK Toh Johan - hiasan pada lampu di dalam PSS. Idea asal diperolehi setelah GPM membuat lawatan ke PSS SMK Klian Pauh (terima kasih tidak terhingga di atas perkongsian idea oleh GPM SMK Klian Pauh , PSS anda sangat cantik)
Ini menunjukkan para pelajar SMK Toh Johan sebenarnya punya bakat-bakat terpendam yang hanya menunggu masa untuk dicungkil dan diketengahkan.Buangkan jauh-jauh perasaan malu dan takut idea diketawakan oleh orang yang tidak memahami.

Selasa, 13 November 2012

Mathematics.. it’s nothing short of magic! (Part 2)

 I started with an example of a think-of-a-number trick which a child regards as magic but an adult normally regards as a "so what?". Curiously, it can sometimes work the other way around. Adults can be surprised by things that children regard as unexceptional.
Here is an example. Let's suppose that the world is a perfect sphere and you have tied a piece of string tightly around it, so tightly that you can't even squeeze a razor blade underneath. Now cut the string and add in an extra metre to it. Compared to the enormous length of string around the earth, you have only inserted a tiny bit of slack. So the question is, how much slack is there? If millions of people spread out all along the string now tried to lift up the string at the same time, would there be enough slack for them all to squeeze a razor blade underneath? Could they possibly even get their fingers under it?
An adult's intuition usually says that even the razor blades would struggle to get through. Which makes the real answer gobsmacking. It turns out that around the earth there would now be enough slack to let millions of rabbits get under the string without even having to squeeze. The answer is so surprising (if you haven't heard it before) that it seems impossible - or magical, depending on your point of view.
Something is only magic if it goes against what your experience tells you to expect. What the two-year-old boy saw was exciting, but no more magical than countless other new experiences he saw every day (like the fact that when you drop a bottle it smashes into hundreds of pieces), whereas what his mother saw went against everything she thought she knew.
In the same way, many maths tricks are only surprising to mathematicians who have spent years encountering results that have led them to expect something else. That's why sometimes clever people can be the easiest to fool.
So magical maths isn't just limited to the minds of primary school children. However far you go in the exploration of this subject, you can be certain that there will be things around the corner waiting to surprise you. – (original text by Rob Eastaway, 2001)

Jumaat, 2 November 2012

Majlis Anugerah Cemerlang, Hari Ibubapa dan Hari Kanak-kanak


Khamis, 4 Oktober 2012

1 Murid 1 Pasu Bunga

Sekolah akan indah jika ada banyak pokok-pokok begini.

Keceriaan sekolah adalah salah satu elemen penting yang akan mempengaruhi disiplin murid.  Mengikut kajian pakar-pakar penyelidikan, suasana fizikal sekolah yang kondusif menjadi faktor penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
    
Sehubungan dengan itu, Program 1 Murid 1 Pasu Bunga dilaksanakan untuk menanam sikap sayangkan sekolah serta menyemai semangat kekitaan dan budaya muafakat di kalangan murid-murid, guru-guru serta ibu bapa.

Program ini dilaksanakan selama seminggu mulai hari Isnin, 8 Oktober 2012 hingga Jumaat, 12 Oktober 2012.  Setiap murid diminta untuk membawa sebuah pasu bunga pada minggu berkenaan untuk tujuan yang tersebut di atas.

Ibu bapa/penjaga dipohon untuk membantu anak-anak memilih satu pokok bunga yang sesuai untuk dijadikan hiasan di sekolah.  Kerjasama dan perhatian ibu bapa untuk menjayakan Program 1 Murid 1 Pasu Bunga ini amatlah dihargai.

Komen Anda

Selasa, 18 September 2012

Lelaki X.

Given that a man, X, should be a boy for the sixth part of his life; when a twelfth was added, his cheeks acquired a beard; He kindled for him the light of marriage after a seventh, and in the fifth year after his marriage He granted him a son. Alas! late-begotten and miserable child, when he had reached the measure of half his father's life, the chill grave took him. After consoling his grief by this science of numbers for four years, he reached the end of his life."

Terjemahannya :

Diberi zaman remaja seorang lelaki X ialah 1/6 daripada hayatnya. Janggut lelaki tersebut tumbuh semasa 1/12 daripada hayatnya yang berikut. Sesudah penghujung 1/7 daripada hayatnya itu, dia berkahwin dan mendapat seorang anak 5 tahun selepas itu. Hayat anaknya adalah 1/2 daripada  hayatnya sendiri. Lelaki itu mati selepas 4 tahun kematian anaknya. Berapakah hayat lelaki X?


Jawapan Anda

Sabtu, 15 September 2012

Sekitar Sambutan Bulan Kemerdekaan

Hari Jumaat 14 September 2012 merupakan hari terakhir penilaian untuk mencari pemenang bagi pertandingan Kelas Patriotik sempena Bulan Kemerdekaan. Nampaknya, setiap kelas tampil menarik dengan pelbagai idea bagi mencantikkan kelas dan dalam masa yang sama menunjukkan kecintaan dan rasa bangga mereka terhadap Jalur Gemilang.
Tahniah kepada semua kelas di atas usaha gigih anda.

Murid kelas 4 Bakawali sedang sibuk memasang langsir. 

Potret pemimpin di pintu masuk ke kelas 4 Anggerik. 










Komen Anda

Pengenalan Baju T (T-shirt) SMK Toh Johan








Pada hari ini (Jumaat 14 Sept 2012), telah diperkenalkan baju T (T-shirt) rasmi SMK Toh Johan kepada semua warga sekolah. Warna utamanya ialah warna jingga (oren), sesuai dengan warna logo dan bendera sekolah.

Tahniah diucapkan kepada En. Arazmi serta guru-guru lain yang telah menguruskan tempahan dan penghasilan baju T berkenaan.

Komen Anda

Sabtu, 8 September 2012

Susun Atur Terkini PSS Sekolah Kita






Komen Anda

Selasa, 4 September 2012

Sabtu 8 dan 29 Sept Sekolah Ganti

Adalah dimaklumkan bahawa hari-hari Sabtu 8 dan 29 September 2012 adalah hari persekolahan menggantikan cuti yang telah diambil sempena Hari Raya Aidil Fitri.

Pada hari Sabtu, 8 September pengajaran dan pembelajaran akan mengikut Jadual Waktu hari Khamis manakala persekolahan Sabtu, 29 September mengikut Jadual Waktu hari Jumaat.


Komen Anda

Isnin, 3 September 2012

Tingkatan 2B Kelas Paling Ceria


Setiap minggu kelas-kelas dinilai oleh Guru Bertugas dan sebuah kelas dipilih untuk mendapat Sijil Keceriaan Kelas. Aspek-aspek yang nilai adalah kebersihan (lantai disapu, sampah dibuang, laci tidak bersampah dan cermin tingkap dibersihkan), catatan kehadiran di papan putih, papan kenyataan bermaklumat dan meja kerusi tersusun kemas.

Mana-mana kelas yang berjaya mengumpul lima Sijil Keceriaan Kelas dijanjikan sebuah hamper. Tahniah diucapkan kepada murid-murid Tingkatan 2B kerana berjaya mengumpulkan lima sijil. Syabas juga diucapkan kepada Guru Tingkatan, Encik Yu Zaini bin Bahadin yang memimpin murid-murid menceriakan kelas.


Ting 2B meraikan kemenangan bersama Guru Kelas.


Komen Anda

Rabu, 15 Ogos 2012

Lawatan Tuan Pegawai Pelajaran Daerah

Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Larut Matang dan Selama, En. Kamal bin Mansor mengadakan lawatan singkat ke SMK Toh Johan pada tengah hari 15 Ogos 2012.

Turut hadir bersama beliau adalah Tn. Hj. Aminudin Mhd Nor, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah LMS, En. Amran Ahmad Mokhtar, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Penilaian & Peperiksaan) dan En. Mokhtar Khalid, Pegawai Eksekutif PPD LMS.


Lawatan PPD

Khatam Al-Quran Akhiri Program Ihya' Ramadan

Program Ihya' Ramadan anjuran Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Persatuan Pendidikan Islam diakhiri hari ini dengan Majlis Khatam Al-Quran yang dilangsungkan di Dewan Sekolah.

Matlamat Ihya' Ramadan adalah untuk melahirkan murid yang berketerampilan, bermotivasi dan berdisiplin tinggi serta mampu melakukan perubahan diri.


Sila klik di sini untuk melihat Album Ihya' Ramadan 2012

Bulan Bahasa & Bulan Patriotik Dilancarkan

Bulan Bahasa dan Bulan Patriotik dilancarkan serentak oleh Tuan Pengetua, Pn. Azizah Sharif dalam satu majlis khas yang diadakan pada pagi hari Rabu, 15 Ogos 2012 di Dataran Perhimpunan.

Matlamat Sambutan Bulan Bahasa adalah untuk menyebar dan memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil. Ini diharap dapat meningkatkan kecemerlangan akademik di kalangan murid-murid SMK Toh Johan.

Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan adalah untuk memupuk semangat patriotisme dan semangat cinta akan negara di kalangan generasi muda khususnya murid sekolah.


Sila klik di sini untuk melihat Album Pelancaran Bulan Bahasa dan Bulan Patriotik


Komen Anda

Selasa, 14 Ogos 2012

Cuti Hari Raya Aidilfitri 2012

Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti mulai hari Khamis, 16 Ogos 2012 sehingga 26 Ogos 2012 sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.




 Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Ahad, 22 Julai 2012

Ujian 2 2012

Ujian 2 untuk murid-murid Tingkatan 2 dan 4 akan diadakan mulai 24 Julai sehingga 26 Julai 2012 mengikut jadual di bawah:

Selasa, 24 Julai 2012

08.00 - 09.00  
Ting 2   Bahasa Melayu
Ting 4  Bahasa Melayu 

09.20 - 10.20  
Ting 2  Bahasa Inggeris
Ting 4  Matematik

11.20 - 12.20  
Ting 2  Sains
Ting 4  Sejarah

12.40 - 01.40  
Ting 2  Pendidikan Seni Visual
Ting 4  Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan

Rabu, 25 Julai 2012

08.00 - 09.00  
Ting 2  Matematik
Ting 4  Bahasa Inggeris

09.20 - 10.20  
Ting 2  Sejarah
Ting 4  Sains

11.20 - 12.20  
Ting 2  Kemahiran Hidup
Ting 4  Pendidikan Seni Visual

12.40 - 01.40  
Ting 2  Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
Ting 4  Pendidikan Islam / Pendidikan Moral

Khamis, 26 Julai 2012

08.00 - 09.00  
Ting 2  Geografi
Ting 4  Prinsip Perakaunan

09.20 - 10.20  
Ting 2  Pendidikan Islam / Bahasa Tamil
Ting 4  Tassawur Islam / Bahasa Tamil

11.20 - 12.20  
Ting 2  Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Ting 4  Ekonomi Asas / Perdagangan

12.40 - 01.40  
Ting 2  Pendidikan Moral
Ting 4  Pendidikan Jasmani & Kesihatan

 Komen Anda

Khamis, 19 Julai 2012

Tuan Haji Hamdan Yang Dipertua PIBG Pertama

Tuan Hj. Hamdan bin Murad terpilih sebagai Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) untuk sesi 2012/2013. Beliau dilantik dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Pertama yang diadakan pada hari Rabu, 19 Julai 2012.

Mesyuarat yang dihadiri oleh seramai 63 orang ibu-bapa dan guru telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj Rosli bin Husin, Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN), Kawasan Trong.

Berikut adalah senarai lengkap Jawatankuasa PIBG 2012/2013:

AHLI JAWATANKUASA 2012/2013

YANG DIPERTUA
Tuan Hj. Hamdan bin Murad

NAIB YANG DIPERTUA
En. Tarmizi bin Hj. Basri

SETIAUSAHA
En. Mohd Zairul bin Hj. Idris

BENDAHARI
Cik Norhasniza bt. Yahaya

AJK (IBU BAPA)
En. Saharani bin Shamsuddin
En. Ismail bin Hamid
En. Veerapan a/l Govindasamy
Pn. Sarmiza bt. Sareh Hamid
Pn. Salniza bt. Zakaria

AJK (GURU)
En. Zainurin bin Ahmad
En. Arazmi bin Mat Dalleh
En. Harun bin Ahmad
Pn. Noor Salmiza bt Hj. Ismail
Cik Salmah bt Mohd Nasir

Sila klik di sini untuk melihat album Mesyuarat Agung PIBG

Komen Anda

Sabtu, 14 Julai 2012

Murid-Murid Potensi Cemerlang SPM 2013

Murid-murid yang berpotensi untuk cemerlang dalam SPM 2013.
Sila klik pada gambar di atas untuk melihatnya lebih jelas.

Seramai 13 orang murid Tingkatan 4 telah dikenal pasti berpotensi untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan.

Murid-murid yang terpilih ini mestilah berusaha bersungguh-sungguh dari sekarang supaya akan dapat mencapai matlamat yang dikehendaki itu.

Kualiti-kualiti murid cemerlang adalah seperti berikut:
[ Petikan daripada "Motivasi Pelajar Cemerlang" http://tatabahasastpm.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=1157&Itemid=491 yang diakses pada 28 Jun 2012. ]

Amanah

Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia juga sedar bahawa segala perbuatannya adalah sentiasa diperhatikan oleh Allah S.W.T./ Tuhan yang maha Esa.

Bijak

Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.

Cergas

Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.

Dedikasi

Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik.

Elok

Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan.

Pelajar yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya.

Faham

Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.

Gigih

Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya.

Hasrat

Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya itu memberikan suntikan motivasi kepadanya berusaha lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam kehidupannya.

Iman

Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T./Tuhan dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ia juga mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.



Komen Anda

Khamis, 12 Julai 2012

Album Foto Terbaru

Isnin, 9 Julai 2012

Hari Komunikasi Ibu Bapa dengan Guru

Dengan sukacita dimaklumkan bahawa program ini akan diadakan seperti butiran di bawah:
  • Tarikh: Rabu, 18 Julai 2012
  • Masa: 12.30 tengah hari - 2.00 petang
  • Tempat: Bilik Darjah
Program ini bertujuan untuk membincangkan prestasi pelajaran anak-anak.

Di samping itu, program ini memberi peluang kepada guru-guru untuk berkenalan dengan ibu bapa serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ibu bapa dengan guru. Dengan ini, kita dapat mencari jalan yang paling baik untuk meningkatkan pencapaian akademik anak didik kita.

Pada hari ini juga ibu bapa boleh menandatangani dan mengambil slip keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun anak-anak.


Khamis, 5 Julai 2012

Mesyuarat Agung Penubuhan PIBG

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Toh Johan akan diadakan mengikut ketentuan berikut:

Tarikh:          Rabu, 18 Julai 2012
Masa:           2.30 petang
Tempat:        Dewan SMK Toh Johan

Susunan acara adalah seperti berikut:
  1. Ucapan Pengerusi Jawatankuasa Penaja
  2. Ucapan Pengetua
  3. Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Hj. Rosli bin Husin, ADUN Kawasan Trong
  4. Mesyuarat Agung PIBG bermula
  5. Jamuan
Kerjasama dan sokongan ibu bapa serta penjaga untuk memastikan kelancaran Mesyuarat Agung Penubuhan PIBG ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


 Komen Anda