Kod Sekolah: AEA6063

Ditubuhkan pada 1 Mac 2012.

Majlis Perasmian Sekolah

Oleh DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan pada 24 Jun 2013.

Nik Mohamad Supian Bin Nik Awang

Pengetua Kelima SMK Toh Johan.

SOP Covid 19

Amalkan jarak 1 meter.

Pelancaran Program Jom ke Sekolah

Semoga murid-murid akan rajin bersekolah.

Rabu, 11 Oktober 2017

Album Aktiviti Sekolah dari Januari hingga Oktober 2017

Sila klik di bawah untuk melihat album dan memuat turun foto.
Foto-foto dari lensa kamera Cikgu Mohamad Fazlee bin Kamal.


2.  Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Pengawas Koperasi
https://drive.google.com/open?id=0B2_K6Wobl-88ZlRscWZqRHB4YkE

3.  Majlis Akujanji Murid-Murid Tingkatan 5 (SPM) dan Tingkatan 3 (PT3)

4.  Program Cemerlang / Perhimpuan Kokurikulum / Mesyuarat Agung PIBG
https://drive.google.com/open?id=0B2_K6Wobl-88MTJ0OFV0Y0tRd3M

5.  Pertandingan Roket Peringkat Daerah
https://drive.google.com/open?id=0B2_K6Wobl-88RmFUSHVXOEp2dFk


7.  Hari Anugerah Cemerlang 2017 / Pertandingan Memanah Peringkat Daerah

8.  Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
https://drive.google.com/open?id=0B2_K6Wobl-88TE02cmVDcUxvUHc

9.  Sambutan Ihya' Ramadan 2017

10. Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2017



Khamis, 3 Ogos 2017

Smart School Qualification Standards (SSQS) 2017


BILANGAN RESPONDEN BAGI MENJAWAB INSTRUMEN PENARAFAN SSQS BAGI TAHUN 2017

Penyelaras penarafan di peringkat sekolah :  Guru Penyelaras Bestari (GPB) /  Guru Penyelaras ICT

Sekolah yang mempunyai bilangan responden mencukupi 63

BUKAN Sekolah Kurang Murid atau SKM
Jenis Responden
Bilangan Responden
Pentadbir
1
Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
1
GPICT ( GPB / GPICT)
1
Guru (termasuk Guru)
30
Murid
30
Jumlah Keseluruhan Responden
63

Jenis Responden

Pentadbir - Perlu dijawab oleh Pengarah/Pengetua/Guru Besar

GPM - Perlu dijawab oleh Guru Perpustakaan Media

GPICT - Perlu dijawab oleh GPB/GPICT

Guru - Mengikut bilangan guru di sekolah termasuk Penolong Kanan dan GPM. Maksimum responden adalah 30. Admin PKG perlu memadam token yang lebih jika guru kurang dari 30 orang.

Murid - Mengikut bilangan murid di sekolah. Maksimum responden adalah 30. Admin PKG perlu memadam token yang lebih jika murid kurang dari 30 orang.


* Sekiranya admin PKG terpadam lebih token, sila hubungi PKG masing-masing bagi mendapatkan semula token tersebut.

Rabu, 12 Julai 2017

Tema Hari Kebangsaan 2017



Tema Hari Kebangsaan pada tahun 2017 adalah NEGARAKU SEHATI SEJIWA. Tema ini berlandaskan perpaduan dan kesepakatan akan menjadi penggerak kepada agenda memperkasakan integriti nasional dalam kalangan masyarakat dan kaum di Malaysia.


Sabtu, 17 Jun 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017

Sila klik imej untuk melihat foto lebih besar.

Pengetua, Puan Roslina binti Othman, serta seluruh warga SMK Toh Johan
mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta memohon maaf zahir dan batin.





Rabu, 19 April 2017

Pn. Roslina Othman Pengetua Baru SMK Toh Johan


Pn. Roslina binti Othman melapor diri sebagai Pengetua baru SMK Toh Johan pada hari ini.  Beliau ialah Pengetua yang keempat sekolah ini mengganti Cik Salmah binti Zakaria yang bertukar ke SMK Tengku Menteri, Changkat Jering.

Sebelum dilantik sebagai Pengetua, Pn. Roslina menjawat jawatan Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Seri Manjung.

Seluruh warga SMK Toh Johan mengalu-alukan kedatangan Pn. Roslina. Semoga SMKTJ bertambah cemerlang di bawah kepimpinan Puan Pengetua.

Pn. Roslina melapor diri di sekolah pada 19 April 2017.

Puan Pengetua, Pn. Roslina Othman dan dua orang Pengetua baru, En. Noor Izuddin (berbaju biru - Pengetua, SMK Sungai Bayor), En. Musa (paling kanan, berbaju putih - Pengetua, SMK Dato' Hj. Hussein) bersama Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama, Tn. Hj. Aminudin bin Mhd Nor di Pejabat Pegawai Pendidikan Daerah LMS pada petang 19 April 2017.



Jumaat, 31 Mac 2017

Gotong Royong Program Perak Bersih


Kerajaan Negeri Perak mengadakan Program Perak Bersih dengan pelancaran di peringkat negeri oleh YAB Menteri Besar Perak di Ipoh pada hari Jumaat, 31 Mac 2017.  Pelancaran di peringkat daerah dilakukan serentak pada tarikh tersebut.

Pelancaran di Daerah Larut Matang dan Selama diadakan di Gelanggang Bola Keranjang Pokok Assam, Taiping. Antara pengisian program adalah aktiviti gotong-royong.

Kita melaksanakan Gotong Royong Program Perak Bersih Peringkat Sekolah pada pagi hari Jumaat, 31 Mac 2017. Murid-murid dan guru-guru bergotong royong membersih dan mengindah bilik-bilik darjah serta bilik-bilik khas.  Pekerja-pekerja sekolah pula membersihkan sekitar kawasan sekolah.



Rabu, 29 Mac 2017

Pasukan Anti-Denggi Sekolah Bertindak!

Pasukan Anti-Denggi Sekolah yang terdiri daripada semua Penolong Ketua Tingkatan (lima belas orang, seorang dari setiap kelas Tingkatan Satu hingga Lima) telah melaksanakan aktiviti "Cari dan Musnah" pagi tadi.

Aktiviti ini, yang diselia oleh Pn. Noni Karim, Setiausaha Jawatankuasa Kesihatan, dijalankan untuk memeriksa dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes, jika ada, di persekitaran sekolah.


Sabtu, 25 Mac 2017

Pengetua bertukar ke SMK Tengku Menteri



Cik Salmah binti Zakaria, Pengetua kita yang disayangi bertukar ke SMK Tengku Menteri, Changkat Jering mulai 1 Mac 2017.  Beliau dilantik sebagai Pengetua, SMK Toh Johan mulai 25 Januari 2014.

Seluruh warga SMK Toh Johan mendoakan Cik Salmah akan terus berkhidmat cemerlang di sekolah baru.

Majlis Send-off Pengetua pada hari Isnin, 27 Mac 2017



BIODATA CIK SALMAH BINTI ZAKARIA

Lahir pada 22 Jun 1959 di Taiping, Perak.

1975-1977
Menamatkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Perempuan Methodist, Tengkera, Melaka.

1978-1979
Menamatkan pendidikan menengah atas di Sekolah Tinggi Melaka, Melaka.

1980-1984
Tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Kemanusiaan dengan Pendidikan di Universiti Sains Malaysia.


SEJARAH PERKHIDMATAN

1984-1988
Guru Penolong di SMK Majakir, Papar, Sabah

1989-1991
Guru Penolong di SMK Dato' Hj Hussein, Selama, Perak

1991-1994
Guru Penolong di SMK Tengku Menteri, Changkat Jering, Perak

1994-2003
Guru Kanan Kemanusiaan di SMK Tengku Menteri, Changkat Jering, Perak

2004-2007
Penolong Kanan Kokurikulum di SMK Tengku Menteri, Changkat Jering, Perak

2007-2011
Penolong Kanan Petang di SMK Dr Burhanuddin, Taiping, Perak

2011-2014
Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi, Changkat Jering, Perak.

25 Januari 2014
Pengetua, SMK Toh Johan, Trong, Perak.

1 Mac 2017
Pengetua, SMK Tengku Menteri, Changkat Jering, Perak.