Kod Sekolah: AEA6063

Ditubuhkan pada 1 Mac 2012.

Majlis Perasmian Sekolah

Oleh DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan pada 24 Jun 2013.

Nik Mohamad Supian Bin Nik Awang

Pengetua Kelima SMK Toh Johan.

SOP Covid 19

Amalkan jarak 1 meter.

Pelancaran Program Jom ke Sekolah

Semoga murid-murid akan rajin bersekolah.

Khamis, 7 April 2016

Program Teknik Menjawab Soalan SPM


Program Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Fasa 1 dilangsungkan di Pusat Sumber Sekolah untuk murid-murid yang akan menduduki peperiksaan SPM 2016.

Berikut adalah jadual program.

6 April 2016
07:40 - 09:40  Matematik - En. Mohd Yusof Hamid
09:40 - 10:40  Bahasa Inggeris, Kertas 1 - En. Mohamad Basri Hamzah
11.20 - 12:10  Bahasa Inggeris, Kertas 2 - En. Yu Zaini Bahadin
12:10 - 01:40  Sejarah - Pn. Norhaya Japar
02.00 - 03:30  Sejarah - En. Abdullah Sani Hj. Ismail 

7 April 2016
07:40 - 09:40  Sains - Pn. Normadiah Ibrahim
07:40 - 09:40  Kimia - Pn. Izzianie Mat Daud
10:10 - 01:10  Matematik Tambahan - En Mathan Kumar a/l Kuppusamy
10:10 - 01:10  Perdagangan - Pn. Nurul Huda Saleh
02:00 - 03:40  Bahasa Melayu 2 - En. Arazmi Mat Dalleh

8 April 2016
07:40 - 09:40  Bahasa Melayu 1 - En. Mohamad Suhaimi Talib
10:10 - 12:10  Prinsip Akaun - Pn Nurul Huda Saleh
10:10 - 12:10  Fizik - Pn Normadiah Ibrahim



Bahan PowerPoint Teknik Menjawab Soalan Bahasa Inggeris, Kertas 1

Rabu, 23 Mac 2016

Peraturan Makmal Komputer


  1. Murid (selepas ini disebut pengguna) tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin guru.

  2. Semua pengguna dikehendaki mengikut Jadual Waktu Penggunaan Makmal Komputer yang telah disediakan.

  3. Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda dan bergaduh di dalam makmal.

  4. Pengguna dilarang membawa masuk makanan dan minuman.

  5. Alat tulis yang dibenarkan sahaja boleh dibawa masuk.

  6. Beg diletak di luar atau di dalam (tempat ditetapkan oleh guru) dan disusun dengan rapi.

  7. Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal dan peralatan dan pastikan tiada sampah sarap semasa meninggalkan makmal.

  8. Pengguna dilarang sama sekali melayari internet pada alamat yang tidak bermoral atau yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat. kaum, dan negara.

  9. Pengguna dilarang mengusik sebarang sambungan  wayar pada komputer atau membuat sebarang pengubahsuaian atau cuba membaiki sendiri sebarang kerosakan.

  10. Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada Penyelaras Makmal Komputer atau Guru Mata Pelajaran.

  11. Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu terbakar atau keadaan disyaki tidak normal, sila laporkan kepada Penyelaras Makmal Komputer atau Guru Mata Pelajaran.

  12. Tidak dibenar menggunakan makmal semasa hujan atau kilat.

  13. Pastikan anda menggunakan Username dan Password yang dibenarkan sahaja.

  14. Jika berlaku kecemasan, sila patuhi arahan guru dan panduan kecemasan.

  15. Sebelum keluar pastikan kerusi disusun kemas, lampu, kipas dan alat pendingin hawa ditutup mengikut kesesuaian masa.

  16. Tindakan displin yang keras akan diambil pada mereka yang tidak mematuhi arahan ini.



Rabu, 27 Januari 2016

Konferens Kebangsaan Pendidikan Abad Ke-21, PPD LMS



Konferens Kebangsaan Pendidikan Abad Ke-21 dianjurkan bersama oleh Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama dan Majlis Kebajikan & Pembangunan Masyarakat (MAYANG), Parlimen Taiping.

Tarikh dan Tempat







06 & 07 Ogos 2016
Hotel Taiping Perdana


Perasmian oleh







  
YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid
Menteri Pendidikan Malaysia



Pengucap Utama




 
Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Nordin
Pengerusi
Badan Penasihat Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT)
Kementerian Pendidikan Malaysia



Tan Sri Wan Mohd Zahid merupakan bekas Pengarah Pendidikan Malaysia sehingga Disember 1997.









Profesor Dr. Alma Harris
Universiti Malaya



Dr Alma Harris adalah seorang professor dalam bidang kepimpinan pendidikan di Institute of Education (IOE) London dan kini merupakan Pengarah Institut Kepimpinan Pendidikan di Universiti Malaya.








Dapatkan maklumat lanjut mengenai konferens di http://konferenslms.com.my/.