Kod Sekolah: AEA6063

Ditubuhkan pada 1 Mac 2012.

Majlis Perasmian Sekolah

Oleh DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan pada 24 Jun 2013.

Nik Mohamad Supian Bin Nik Awang

Pengetua Kelima SMK Toh Johan.

SOP Covid 19

Amalkan jarak 1 meter.

Pelancaran Program Jom ke Sekolah

Semoga murid-murid akan rajin bersekolah.

Sabtu, 11 Oktober 2014

Ucapan Pengetua Kepada Calon-Calon PT3 dan SPM 2014


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana di beri peluang dan masa oleh Allah swt untuk mencoretkan sesuatu di laman web sekolah.

Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung setia laman ini kerana tidak jemu-jemu berkunjung ke sini untuk mendapatkan sedikit informasi yang dikongsikan bersama.  Alhamdulillah.

Saya dan warga sekolah ingin mengucapkan "Selamat Menghadapi Peperiksaan PT3 dan SPM 2014" kepada semua murid SMK Toh Johan dengan harapan dan doa agar anda semua dapat menjawab soalan dengan tenang.

Pesanan untuk anda:
  1. Jaga kesihatan anda.
  2. Jaga makan dan minum anda.  Makanlah makanan yang berkhasiat dan yang paling penting halal.
  3. Jangan mudah putus asa.
  4. Jangan lupa dekatkan diri kepada Allah swt dengan melakukan solat lima waktu, soalat-solat sunat seperti sunat hajat, sunat tahajut dan sebagainya.
  5. Selalu berdoa kepada Allah swt supaya dipermudahkan segala urusan.
  6. Mohon maaf dan restu daripada kedua ibu bapa dan guru sebelum datang ke sekolah dan masuk bilik peperiksaan.
  7. Jawab soalan peperiksaan dengan teliti dan memahami betul-betul kehendak soalan yang ditanya serta mengikuti arahan dan peraturan-peraturan semasa di dewan peperiksaan.
  8. Berusahalah dengan gigih untuk mendapat hasil yang cemerlang dan yang ditagih.
  9. Bertawakkal kepada Allah swt setelah berusaha dengan gigih.


Akhir kalam, Selamat Maju Jaya.  Semoga semuanya berjaya dan dapat melakukan yang terbaik.  Amin.

SALMAH BINTI ZAKARIA
Pengetua,
SMK Toh Johan
Trong



Selasa, 7 Oktober 2014

Nyanyian Lagu "Bahasa Jiwa Bangsa" di Perhimpunan Sekolah


Adalah dimaklumkan bahawa, Jawatankuasa Penyelenggara Peringkat Negeri Perak Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2014 Peringkat Negeri Perak telah mengambil keputusan dan memutuskan agar semua sekolah di negeri Perak mewajibkan lagu "BAHASA JIWA BANGSA" dinyanyikan dalam perhimpunan sekolah.


Lirik Lagu Bahasa Jiwa Bangsa

Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa

Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa

Lagu/Lirik: Dol Ramli


Dengar dan muat turun lagu di sini:



Sehubungan dengan itu, sekolah kita akan melaksanakan keputusan ini mulai Majlis Perhimpunan Rasmi hari Isnin, 13hb Oktober 2014.




Isnin, 25 Ogos 2014

Pengunjung Paling Ramai di bulan Ogos

Daripada statistik laman web SMK Toh Johan, eXTReMe Tracking (http://extremetracking.com/open?login=smktjedu), didapati paling ramai pengunjung di bulan Ogos 2014.

Bilangan pengunjung di bulan Ogos adalah 8,929 berbanding dengan Julai (998) dan Jun (668).  Peningkatan mendadak ini disebabkan sambutan kemerdekaan dan laman yang paling popular di carian Google adalah "Sajak Kemerdekaan".


Bilangan harian pengunjung adalah seperti berikut:


Terima kasih kepada semua yang mengunjungi laman web SMK Toh Johan.




Selasa, 22 Julai 2014

Buletin Ramadan oleh Panitia Pendidikan Agama Islam


Bersyukur kita ke hadrat Ilahi yang mempertemukan kita dengan bulan Ramadan yang mulia yang cuma datang setahun sekali. Ramadan kali ini sebenarnya berbeza dengan Ramadan yang lalu kerana usia kita semakin bertambah. Sebab itulah kita sepatutnya lebih merasai kehangatan Ramadan kali ini dengan menambahkan amalan dan kebaikan berbanding daripada Ramadan sebelumnya. Ambillah peluang Ramadan yang tiba pada tahun ini, kerana besar kemungkinan kita tidak akan menemuinya di tahun hadapan.

Panitia Pendidikan Islam telah menerbitkan empat buletin sempena bulan Ramadan Mubarak.  

Buletin Ramadan

Khamis, 10 Julai 2014

Pembantu Tadbir Bertukar ke Bahagian Audit


Pn. Norasyikin Alias, Pembantu Tadbir, yang telah berkhidmat dengan cemerlang di sekolah ini sejak ianya dibuka bertukar ke Bahagian Audit Sekolah Negeri Perak, Cawangan Taiping yang berpejabat di Wisma Persekutuan, Taiping mulai 9 Julai 2014.

Isnin, 7 Julai 2014

PIBG anjur Majlis Tahlil, Berbuka Puasa dan Solat Terawih

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa serta Solat Terawih seperti ketentuan berikut:
  • Tarikh:  14 Julai 2014 (Isnin)
  • Masa:  6.00 petang
  • Tempat:  SMK Toh Johan, Trong

Atur Cara:

6.00 petang - Ketibaan jemputan
6.15 petang - Majlis Tahlil
6.45 petang - Tazkirah Ramadan
7.30 petang - Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Jamuan Makan
8.45 malam  - Solat Isyak dan Terawih

Tuan/Puan ibu bapa serta penjaga dipersila hadir ke majlis tersebut. Bagi menjayakannya, pihak PIBG memohon sumbangan ikhlas tuan/puan. Sumbangan ini boleh disampaikan kepada Guru Kelas melalui anak sebelum 10 Julai 2014 beserta pengesahan kehadiran tuan/puan.



Khamis, 26 Jun 2014

Kutipan RM20.00 untuk Sumbangan PIBG 2014

Untuk makluman, PIBG SMK Toh Johan telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak bertarikh 22 Mei 2014 untuk membuat kutipan sumbangan bagi PIBG tahun 2014.  Sumbangan ini bertujuan menambah tabung PIBG untuk menjalankan program-program akademik, sukan dan aktiviti yang lain sepanjang tahun.


Sehubungan dengan itu, PIBG akan membuat kutipan sumbangan sebanyak RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja) untuk setiap keluarga. Sokongan ibubapa dalam membantu PIBG sangat diharapkan dan dahului dengan ucapan terima kasih.


Surat kepada ibubapa/penjaga yang disampaikan melalui anak-anak.


Selasa, 17 Jun 2014

Tarikh-Tarikh Penting Jun 2014


Berikut adalah tarikh-tarikh penting aktiviti sekolah pada bulan Jun 2014.

  • Sabtu, 21-06-2014
    Sekolah Ganti, mengikut jadual hari Jumaat

  • Rabu, 25-06-2014
    Hari Anugerah Cemerlang 2014 mulai pukul 3.00 petang

  • Khamis, 26-06-2014
    Hari Komunikasi Tingkatan 3 dan 5 mulai pukul 12.00 tengahari

  • Sabtu, 28-06-2014
    Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-2 mulai pukul 8.00 pagi

  • Isnin, 30-06-2014
    Cuti Peristiwa

Ahad, 18 Mei 2014

Seminar Bimbingan Peperiksaan (SPM) Anjuran Kelab TaHa (Tabung Haji) & Berita Harian (Skor)

Pada 17 Mei 2014, bertempat di Dewan Kuliah ADTEC, Taiping, telah diadakan Seminar Bimbingan SPM anjuran Kelab TaHa (Kelab Simpanan Tabung Haji) mulai jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang.

SMK Toh Johan menghantar 10 orang pelajar tingkatan 5 bagi menyertai program tersebut.  Seminar bimbingan ini melibatkan 3 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Terima kasih khusus kepada pihak Tabung Haji dan Berita Harian serta penceramah yang banyak memberi tip-tip berguna kepada pelajar.


Isnin, 7 April 2014

Kempen Keselamatan Jalan Raya Dilancar


“Di Malaysia, terdapat lebih daripada 6,000 kematian di jalan raya setiap tahun untuk beberapa tahun kebelakangan ini, dengan seramai 18 hingga 20 orang terbunuh setiap hari.

"Penunggang dan pembonceng motosikal membentuk kira-kira 60 peratus daripada kematian yang kebanyakannya golongan muda," menurut satu artikel Kempen Keselamatan Jalan Raya Di Sekolah (http://www.tutor.com.my/info.php?id=1569).

Bagi memastikan murid-murid selamat datang dan balik sekolah, Kempen Keselamatan Jalan Raya telah dilancarkan oleh Inspektor Abdul Jain bin Asbah dari Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pada pagi hari Isnin, 7 April 2014.  Turut hadir di majlis pelancaran tersebut adalah Puan Pengetua, Cik Salmah Zakaria dan Pegawai Perhubungan Sekolah, ASP Ragudass a/l Sinnasamy.

Selepas ucapan, Inspektor Abdul Jain, ASP Ragudass, Puan Pengetua dan empat orang anggota Polis Trafik telah memeriksa semua motorsikal murid dan memberi nasihat tentang lesen dan keadaan fizikal motorsikal yang dibenarkan di jalan raya.


Inspektor Abdul Jain memberitahu bahawa tiada sebarang saman dikeluarkan pada hari ini kerana tujuan kedatangan Cawangan Trafik IPD Taiping adalah untuk memberi bimbingan dan nasihat kepada murid-murid tentang keselamatan jalan raya.

Walau bagaimanapun, Cawangan Trafik IPD Taiping akan berkunjung lagi ke sekolah pada suatu tarikh yang tidak diberitahu untuk membuat pemeriksaan terhadap penunggang dan motorsikal di SMK Toh Johan. Ini adalah untuk memastikan peraturan jalan raya dipatuhi oleh semua murid.



Khamis, 13 Mac 2014

Keputusan SPM 2013


Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 akan diumumkan pada hari Khamis, 20 Mac 2014. Murid-murid yang terlibat boleh mendapatkan keputusan di sekolah selepas pukul 10,00 pagi.

Sila berpakaian kemas semasa hadir ke sekolah untuk mengambil keputusan tersebut.

Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS 15888 dengan menaip SPM jarakkan taip angka giliran dan hantar ke 15888.  Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi, 20 Mac 2014 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 26 Mac 2014.

Lihat kenyataan akhbar Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah:


Sumber:  Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia,
http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=4110
, yang diakses pada 13-3-2014 @ 09.35 pm.

20/03/2014
ANALISIS KEPUTUSAN SPM SMKTJ: 

Bahasa Melayu - 90.9%
Bahasa Inggeris - 75.9%
Pendidikan Islam - 85.0%
Pendidikan Moral - 85.7%
Sejarah - 83.6%
Matematik - 47.1%
Sains - 96.2%
Pendidikan Seni Visual - 97.2%
Perdagangan - 81.8%
Prinsip Perakaunan - 84.2%
Ekonomi Asas - 89.4%
Tasawwur Islam - 100.0%
Bahasa Tamil - 100.0%
Kesusasteraan Tamil - 50.00%


Ahad, 9 Mac 2014

En. Tarmizi Hj. Basri YDP PIBG 2014-2016


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Trong, YB Dr. Zabri Abd. Wahid telah merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Kali Ketiga pada petang hari Sabtu, 8 Mac 2014.  Beliau menyeru supaya ibubapa dan guru bersama-sama menyumbang untuk mengumpul dana bagi membiayai aktiviti-aktiviti murid di sekolah.  YB Dr Zabri meluluskan permohonan sekolah untuk membeli mesin perakam waktu (punch card) dan alat penapis air (water dispenser) bernilai RM3,500.

Dari kiri:  En. Tarmizi, En. Veerapan dan Cik Salmah
En.Tarmizi bin Hj. Basri telah dipilih sebagai Yang Dipertua PIBG manakala En. Veerapan a/l Govindasamy dilantik sebagai Naib Yang Dipertua. 

Senarai penuh lantikan Ahli Jawatankuasa PIBG 2014-2016 adalah seperti yang tercatat di papan dalam foto di bawah.



Sabtu, 8 Mac 2014

Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih Pengarah Pendidikan Negeri Perak



Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera...

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya akan bersara wajib dari Perkhidmatan Awam mulai 10 Mac 2014 setelah berkhidmat selama 35 tahun. Sepanjang tempoh perkhidmatan tersebut, saya telah mendapat bantuan serta sokongan daripada pelbagai pihak yang mana dapat memudahkan penyempurnaan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya yang sentiasa berhubung kait dengan semua peringkat.

2. Menyedari perkara ini, saya dengan rasa syukur, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada tuan / puan atas segala kerjasama, sokongan dan persefahaman yang telah diberikan sepanjang saya berkhidmat menerajui organisasi pendidikan di negeri Perak dan semoga kerjasama sedemikian akan terus diberikan kepada pengganti saya kelak.

3. Dikesempatan ini, saya dengan rasa rendah diri memohan maaf sekiranya ada tindakan saya sama ada perbualan atau pertuturan yang kurang menyenangkan tuan / puan semasa saya menjalankan tugas.  

4. Akhir kata, saya sentiasa mendoakan semoga Allah melimpahkan rahmatNya agar tuan / puan akan sentiasa berada di dalam keadaan sihat walafiat untuk terus menymbangkan bakti kepada agama, bangsa dan negara.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada,
HAJI MUHAMAT ROLI BIN HAJI HASSAN, PMP. AMN, AMP.
Pengarah Pendidikan Perak

______________________________________
Sumber:  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Perak, http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=102&id=1349, yang diakses pada 8 Mac 2014 @ 10:09 am.


Khamis, 6 Mac 2014

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-3


Merujuk perkara di atas, dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:
  • Tarikh:  8 Mac 2014 (Sabtu)
  • Masa:  2:30 petang
  • Tempat:  Dewan, SMK Toh Johan
Sehubungan dengan itu, sekiranya ibubapa atau penjaga mempunyai usul yang hendak dikemukakan, sila hantar usul tersebut kepada Setiausaha PIBG sebelum atau pada 28 Februari 2014 menggunakan lampiran yang sertakan bersama Notis Mesyuarat yang telah diedarkan kepada semua murid.


Mesyuarat akan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Trong, Dr. Zabri Abd. Wahid.

Kehadiran ibubapa dan penjaga amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

ZAMZURAIMI BIN DARUS
Setiausaha PIBG
SMK Toh Johan



Isnin, 3 Mac 2014

91.9% Murid Hadir Sekolah Bulan Februari


Purata kehadiran murid untuk bulan Februari adalah 91.9 peratus.  Ini menujukkan sedikit penurunan daripada kehadiran bulan Januari iaitu 94.1 peratus.  Namun begitu, peratus ini masih melebihi paras 90.0 peratus.

Sila klik pada imej untuk melihatnya lebih jelas.

Tingkatan 4A telah terpilih sebagai kelas yang mencatatkan kehadiran terbaik untuk bulan Februari. Kehadiran bulan Februari kelas ini adalah 97.8%. Tahniah diucapkan kepada semua murid Tingkatan 4A serta Guru Kelasnya, Pn Emmy Mastura bt Mohamad Kasim.



Sabtu, 1 Mac 2014

Jadual Ujian 1 2014


Tingkatan 3

Rabu, 12-03-2014
08.00 - 09.00  -  Bahasa Melayu
10.50 - 11.50  -  Bahasa Inggeris
12.00 - 01.00  -  Bahasa Tamil

Khamis, 13-03-2014
08.00 - 09.00  -  Matematik
09.10 - 10.10  -  Sains


Tingkatan 4

Isnin, 10-03-2014
08.30 - 10.00  -  Bahasa Melayu
10.10 - 10.50  -  Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
11.20 - 12.50  -  Bahasa Inggeris
01.00 - 02.30  -  Matematik

Selasa, 11-03-2014
08.00 - 09.30  -  Sejarah
09.50 - 10.30  -  Pendidikan Sivik dan Kewaganegaraan
11.30 - 01.00  -  Pendidikan Islam / Bahasa Tamil

Rabu, 12-03-2014
08.00 - 09.30  -  4A, Biologi / 4B & 4C, Sains
11.30 - 01.00  -  4A, Kimia / 4B & 4C, Perdagangan

Khamis, 13-03-2014
08.00 - 09.30  -  4A & 4B, Matematik Tambahan / 4C, PSV
11.30 - 01.00  -  4A, Fizik / 4B, Prinsip Akaun

Jumaat, 14-03-2014
08.00 - 09.30  -  Pendidikan Moral


Tingkatan 5

Isnin, 10-03-2014
08.30 - 10.45  -  Bahasa Melayu 1
11.20 - 01.50  -  Bahasa Melayu 2

Selasa, 11-03-2014
08.00 - 09.30  -  Sejarah
09.50 - 10.30  -  Pendidikan Sivik dan Kewaganegaraan
11.30 - 01.00  -  Bahasa Inggeris

Rabu, 12-03-2014
08.00 - 09.30  -  5A, Biologi / 5B & 5C, Sains
10.00 - 10.40  -  Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
11.30 - 01.00  -  Matematik

Khamis, 13-03-2014
08.00 - 09.30  -  Pendidikan Islam / Bahasa Tamil
11.30 - 01.00  -  5A, Kimia / 5B & 5C, PSV

Jumaat, 14-03-2014
08.00 - 09.30  -  5A, Matematik Tambahan / 5B & 5C, Tasawwur

Isnin, 17-03-2014
08.30 - 10.45  -  5A, Fizik
11.20 - 01.50  -  Pendidikan Moral


NOR IZZIANIE BINTI MAT DAUD
Setiausaha Peperiksaan Dalaman
b/p Pengetua





Isnin, 24 Februari 2014

Pengawas Sekolah 2014 Dilantik Rasmi


Pengawas Sekolah Tahun 2014 dianugerahkan watikah pelantikan oleh Puan Pengetua, Cik Salmah Zakaria dalam majlis perhimpunan khas pada hari Isnin, 24 Februari 2014.

Turut menerima watikah pelantikan dalam majlis yang sama adalah Pengawas Pusat Sumber dan Ahli-ahli Majlis Ketua Tingkatan (Penolong dan Ketua Kelas).

Pengetua, Cik Salmah Zakaria memeriksa barisan dan menerima tabik hormat.
Diucapkan tahniah dan semoga barisan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber serta Penolong dan Ketua Kelas yang baru dilantik dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab.

Pengawas Sekolah 2014

Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2014

Penolong dan Ketua Kelas 2014




Sabtu, 22 Februari 2014

Pelaksanaan Ujian 1 Tahun 2014

Tarikh-tarikh penting untuk tindakan semua guru.

28-02-2014  -  Penghantaran kertas soalan untuk cetakan.
06-03-2014  -  Kertas soalan disimpan dalam Bilik Peperiksaan.
10-03-2014  -  Ujian 1 Tingkatan 4 dan 5 bermula.
12-03-2014  -  Ujian 1 Tingkatan 3 bermula
21-03-2014  -  Pengisian markah dalam SAPS.

Penyedia soalan

Bahasa Melayu
Tingkatan 3 - En Zainurin
Tingkatan 4 - Pn Norhaya
Tingkatan 5 - En Arazmi

Bahasa Inggeris
Tingkatan 3 - En Kamarul
Tingkatan 4 - En Gunabalan
Tingkatan 5 - En Yu Zaini

Matematik
Tingkatan 3 - En Thayalan
Tingkatan 4 - En Mohd Yusoff
Tingkatan 5 - En Zamzuraimi

Sains
Tingkatan 3 - Pn Nor Izzianie
Tingkatan 4 - Pn Emmy Mastura
Tingkatan 5 - Pn Normadiah

Bahasa Tamil
Tingkatan 3 - En Letchumanan
Tingkatan 4 - En Letchumanan
Tingkatan 5 - En Letchumanan

Pendidikan Islam
Tingkatan 4 - En Zahidi
Tingkatan 5 - En Khairul

Sejarah
Tingkatan 4 - Pn Norhaya
Tingkatan 5 - En Suhaimi

Pendidikan Moral
Tingkatan 4 - En Letchumanan
Tingkatan 5 - En Thayalan

Perdagangan
Tingkatan 4 - Pn Nurul Huda

Prinsip Akaun
Tingkatan 4 - Pn Nurul Huda
Tingkatan 5 - Pn Nurul Huda

Tasawwur Islam
Tingkatan 5 - En Khairul

Biologi
Tingkatan 4 - Pn Emmy Mastura
Tingkatan 5 - Pn Emmy Mastura

Kimia
Tingkatan 4 - Pn Nor Izzianie
Tingkatan 5 - Pn Nor Izzianie

Fizik
Tingkatan 4 - Pn Normadiah
Tingkatan 5 - Pn Normadiah

Matematik Tambahan
Tingkatan 4 - En Mathan
Tingkatan 5 - En Mathan

Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4 - En Fazlee
Tingkatan 5 - En Fazlee

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan 4 - En Basri
Tingkatan 5 - Pn Salmah

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Tingkatan 4 - En Lutfi
Tingkatan 5 - En Lutfi


NOR IZZIANIE BINTI MAT DAUD
Setiausaha Peperiksaan Dalaman
b/p Pengetua


Khamis, 20 Februari 2014

Akujanji Murid Tingkatan 3 dan 5

Anak kunci kejayaan diri dan kehidupan bermula dengan adanya tujuan atau matlamat.  Hanya dengan tujuan yang khusus dan realistik dapat mendorong seseorang itu untuk berusaha dan berikhtiar bagi mencapai tujuan atau matlamat tersebut.

Oleh itu, Majlis Akujanji Murid Tingkatan 3 dan 5 akan diadakan di Dewan Sekolah pada hari Jumaat, 21 Februari 2014 mulai pukul 10.00 pagi.  Majlis akan dirasmikan oleh Tn Hj Hamdan bin Murad, Yang Dipertua, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG).

Murid-murid Tingkatan 3 dan 5 diminta meletakkan sasaran pencapaian masing-masing dalam peperiksaan PPMR dan SPM mengikut tahap kebolehan dan kemampuan sendiri berpandukan pencapaian dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2013.

Mereka akan menandatangani sasaran yang disasarkan yang merupakan satu janji yang dibuat antara murid dan ibubapa atau penjaga dengan pihak sekolah untuk mencapai target cemerlang dalam peperiksaan yang akan diduduki.  Seterusnya, ketiga-tiga pihak akan berusaha ke arah merealisasikan hasrat terebut sesuai dengan tema program ini, iaitu, "Sikap Positif dan Kesungguhan Aset Kecemerlangan".

Ibu bapa murid-murid Tingkatan 3 dan 5 dijemput hadir untuk memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak Tingkatan 3 dan 5 yang akan menghadapi peperiksaan awam (PPMR dan SPM) pada tahun ini.

Atur Cara Majlis

9.30 pagi     Murid-murid Tingkatan 3 dan 5 bersedia di Dewan Terbuka
                   Pendaftaran ibubapa dan mengambil tempat di dewan

10.00          Ucapan Alu-Aluan Pengacara Majlis
                   Bacaan Doa
                   Ucapan Pengetua
                   Ucapan Perasmian oleh Yang Dipertua, PIBG
                   Akujanji Murid, diketuai oleh wakil murid.

11.00          Menandatangani Borang Akujanji
                  Murid dan dan ibubapa di hadapan Guru Kelas

12.00 t/h     Bersurai


Buku Atur Cara



Rabu, 19 Februari 2014

94.1% Murid Hadir Sekolah Bulan Januari


Purata kehadiran murid untuk bulan Januari adalah 94.1 peratus.  Hari Selasa, 7 Januari 2014 mencatatkan kehadiran paling baik iaitu 97.6 peratus.

Sila klik pada imej untuk melihatnya lebih jelas.
Tingkatan 2A telah terpilih sebagai kelas yang mencatatkan kehadiran terbaik untuk bulan Januari. Kehadiran bulan Januari kelas ini adalah 97.9%. Tahniah diucapkan kepada semua murid Tingkatan 2A serta Guru Kelasnya, Pn Noni bt Md Karim.

Ketua Kelas Tingkatan 2A menerima Sijil Penghargaan
serta hamper daripada Pengetua di Perhimpunan Rasmi 10 Feb 2014.


Khamis, 13 Februari 2014

Rumah Beta Juara Merentas Desa 2014


Rumah Beta (Biru) telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan dalam Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-3 2014.  Kejohanan telah berlangsung dalam suasana riang ria pada hari Khamis, 13 Februari 2014 mulai pukul 2.30 petang.

Berikut ialah wajah-wajah pemenang kedudukan nombor satu hingga sepuluh setiap kategori.

Lelaki A

Lelaki B

Perempuan B

Perempuan A