Rabu, 11 Disember 2013

Program Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM

Satu taklimat mengenai Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) akan diadakan oleh pihak UiTM mengikut ketentuan berikut:
  • Tarikh:    21 Disember 2013 (Sabtu)
  • Masa:     9.00 pagi
  • Tempat:  Dewan Pekerti, Trong
Semua murid Melayu dan bumiputera Tingkatan 5 2013 serta ibu bapa adalah dijemput hadir.

Program Mengubah Destini Anak Bangsa merupakan program di mana murid Melayu dan bumiputera yang gagal untuk mendapat tempat di universiti kerana merit tidak mencukupi, peningkatan kos pengajian yang tinggi dan kegagalan dalam persaingan mendapatkan tempat pangajian di IPT, dibantu untuk mencapai impian mereka.


UiTM menawarkan program berdasarkan kelayakan pelajar sama ada ke program Pra Perdagangan atau Pra Sains.  Sepanjang program ini juga pelajar-pelajar akan diberi pengisian akademik, pembinaan peribadi dan kerohanian serta pembangunan modal insan.

UiTM percaya bahawa setiap individu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu jika diberi peluang dan ruang serta penerapan nilai-nilai murni bagi membangunkan diri, ilmu, masyarakat dan negara.

Maklumat Penting
  • Program MDAB bertujuan memberi peluang pendidikan kepada anak-anak miskin Melayu dan Bumiputera di bandar dan luar bandar yang berpendapatan (gaji kasar) ibu bapa kurang daripada RM3,000 sebulan.
  • Pelajar yang lulus dalam MDAB layak ditawarkan ke program diploma mengikut syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan oleh UiTM.
  • Calon-calon adalah daripada BUMIPUTERA WARGANEGRA MALAYSIA sahaja.