Kod Sekolah: AEA6063

Ditubuhkan pada 1 Mac 2012.

Majlis Perasmian Sekolah

Oleh DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan pada 24 Jun 2013.

Nik Mohamad Supian Bin Nik Awang

Pengetua Kelima SMK Toh Johan.

SOP Covid 19

Amalkan jarak 1 meter.

Pelancaran Program Jom ke Sekolah

Semoga murid-murid akan rajin bersekolah.

Khamis, 31 Disember 2015

Selamat Kembali ke Sekolah

Persekolahan sesi 2016 akan bermula pada hari Isnin, 4 Januari.  Selamat kembali ke sekolah semua murid-murid.  Takwim persekolahan tahun 2016 boleh dilihat di pautan ini, http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/files/Takwim Sekolah 2016.pdf.

Pada hari pertama persekolahan akan diadakan majlis Pelancaran Program Jom ke Sekolah.  Tujuan program ini adalah untuk menyedarkan murid-murid tentang kepentingan kehadiran di sekolah.  Ia diharap dapat mengurangkan gejala ponteng di kalangan murid-murid dan sekali gus dapat meningkatkan peratus kehadiran murid.


Program Jom ke sekolah akan dilancarkan oleh Penghulu Mukim Trong, Encik Ahmad Jaiz bin Hj. Rofiee semasa Perhimpunan Rasmi Mingguan. Majlis Pelancaran Program Jom ke Sekolah akan turut dihadiri oleh Pegawai Perhubungan Sekolah Polis Diraja Malaysia, ASP Ragudass; Ketua Polis Balai Trong, SM Ishak; dan Yang Dipertua PIBG, Tn. Hj. Tarmizi bin Hj. Basri.


Rabu, 28 Oktober 2015

Surat Pengarah Pendidikan Negeri Perak kepada Semua Calon SPM 2015

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan berlangsung mulai 2 November 2015.  Seramai 68 orang murid sekolah ini adalah calon peperiksaan berkenaan tahun ini.  Berikut adalah surat daripada Tuan Haji Rozi bin Puteh Ismail, Pengarah Pendidikan Negeri Perak untuk semua calon SPM.


Sabtu, 8 Ogos 2015

Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-3, 2015


Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-3, 2015 telah berlangsung pada pagi hari Jumaat, 7 Ogos 2015.  Kejohanan dirasmikan oleh Tn. Hj. Termizi bin Hj. Basri, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

Upacara menaikkan bendera kejohanan.

Bacaan ikrar kejohanan.

Pengetua berucap.

Acara kemuncak, Tarik Tali Antara Rumah.

Keputusan Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-3, 2015
  • Johan Perbarisan Rumah Sukan 
    Rumah Alpha (Merah)
  • Johan Acara Tarik Tali
    Rumah Alpha (Merah)
  • Johan Keseluruhan Kategori Bawah 15 Tahun
    Rumah Alpha (Merah)
  • Johan Keseluruhan Kategori Bawah 18 Tahun
    Rumah Alpha (Merah)
  • Olahragawan
    Muhammad Aiman Hakim bin Wahyad, Rumah Alpha (Merah)
  • Olahragawati
    Jevanes Kumari a/p Veerappan, Rumah Beta (Biru)
  • Johan Keseluruhan
    Rumah Alpha (Merah)



Selasa, 4 Ogos 2015

Nyanyian lagu "Perak Excellent" Menggantikan lagu "Perak Sentiasa di Puncak Kecemerlangan"

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak telah membuat pelancaran lagu "Perak Excellent" pada 29 Julai 2015 sempena Perhimpunan Bulanan bagi bulan Julai di JPN Perak oleh Pengarah Pendidikan Perak, Tuan Haji Rozi bin Puteh Ismail.

Sehubungan dengan itu, beliau telah mengarahkan agar nyanyian lagu "Perak Sentiasa di Puncak Kecemerlangan" digantikan dengan lagu "Perak Excellent".  Lagu tersebut hendaklah dinyanyikan di semua aktiviti perhimpunan atau program di peringkat sekolah.




Perak Excellent

Melakar aspirasi
Mengukir inovasi
Di puncak kecemerlangan
Jadi inspirasi

*** Mencipta wawasan
Berani menyahut cabaran
Transformasi pendidikan
Bergerak ke hadapan
Melakukan perubahan
Demi mencapai impian

Perak Excellent
Itu arah dan tujuan
Perak Excellent
Hasrat jitu bermatlamat
Perak Excellent
Jadikan kenyataan
Perak Excellent
Transformasi keunggulan

( ulang *** )

Lagu: Mohd Mazlan bin Harun (SK Talang)
Lirik: Mohd Mazlan bin Harun (SK Talang) & Nuzulrul Azaliza bt Ibrahim (SK Tasek Damai)
Susunan Muzik: Rosman bin Ngah (Kolej Melayu, Kuala Kangsar)


Khamis, 25 Jun 2015

Pemeriksaan Khas Nazir Tawaran Bai'ah 2014


Pasukan Pemeriksa Jemaah Nazir Jaminan Kualiti (JNJK) Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan pemeriksaan bagi verifikasi Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) untuk Tawaran Baru Pengetua 2014 pada hari Isnin, 22 Jun 2015. 

Ini adalah kali kedua pemeriksaan sedemikian dijalankan di sekolah ini setelah Pengetua sekolah ini yang lalu, En Suhaimi bin Ramli, juga mendapat tawaran yang sama untuk tahun 2013.

Pasukan kali ini terdiri daripada:
  1. Tuan Haji Osman bin Alauddin (JNJK Putrajaya)
  2. Tuan Syed Shamsuddin bin Syed Abu Bakar (JNJK Perak)
  3. Encik Roslan bin Atan (JNJK Putrajaya)
  4. Encik Selvendran a/l Angamuthu (JNJK Putrajaya)

Khamis, 14 Mei 2015

Hari Anugerah Cemerlang Kali Ke-4 2015


Hari Anugerah Cemerlang 2015 berlangsung pada hari Khamis, 14 Mei 2015 mulai pukul 2.00 petang.  Tahniah diucapkan kepada semua murid yang menerima anugerah pada hari tersebut.  Semoga anugerah yang diterima memberi semangat untuk terus berjaya di masa akan datang.

Sila klik di sini untuk melihat Buku Aturcara Hari Anugerah Cemerlang 2015.


Jumaat, 17 April 2015

Hari Usahawan Kali Pertama


Semua dijemput.
Macam-macam ada! Dapatkan kupon segera sebelum kehabisan.

Sabtu, 25 April 2015 mulai pukul 10.00 pagi.




Surat Siaran PIBG: Kutipan Bayaran-Bayaran Tambahan Persekolahan 2015


Bayaran hendaklah dibuat melalui Guru Kelas masing-masing.  Sumbangan adalah untuk menambah tabung PIBG bagi menjalankan program-program akademik, sukan dan aktiviti lain sepanjang tahun.


Khamis, 5 Februari 2015