Kod Sekolah: AEA6063

Ditubuhkan pada 1 Mac 2012.

Majlis Perasmian Sekolah

Oleh DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan pada 24 Jun 2013.

Puan Roslina binti Othman

Pengetua Keempat SMK Toh Johan.

Program Ihya' Ramadan

Agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala.

Pelancaran Program Jom ke Sekolah

Semoga murid-murid akan rajin bersekolah.

Rabu, 23 Mac 2016

Peraturan Makmal Komputer


  1. Murid (selepas ini disebut pengguna) tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin guru.

  2. Semua pengguna dikehendaki mengikut Jadual Waktu Penggunaan Makmal Komputer yang telah disediakan.

  3. Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda dan bergaduh di dalam makmal.

  4. Pengguna dilarang membawa masuk makanan dan minuman.

  5. Alat tulis yang dibenarkan sahaja boleh dibawa masuk.

  6. Beg diletak di luar atau di dalam (tempat ditetapkan oleh guru) dan disusun dengan rapi.

  7. Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal dan peralatan dan pastikan tiada sampah sarap semasa meninggalkan makmal.

  8. Pengguna dilarang sama sekali melayari internet pada alamat yang tidak bermoral atau yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat. kaum, dan negara.

  9. Pengguna dilarang mengusik sebarang sambungan  wayar pada komputer atau membuat sebarang pengubahsuaian atau cuba membaiki sendiri sebarang kerosakan.

  10. Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada Penyelaras Makmal Komputer atau Guru Mata Pelajaran.

  11. Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu terbakar atau keadaan disyaki tidak normal, sila laporkan kepada Penyelaras Makmal Komputer atau Guru Mata Pelajaran.

  12. Tidak dibenar menggunakan makmal semasa hujan atau kilat.

  13. Pastikan anda menggunakan Username dan Password yang dibenarkan sahaja.

  14. Jika berlaku kecemasan, sila patuhi arahan guru dan panduan kecemasan.

  15. Sebelum keluar pastikan kerusi disusun kemas, lampu, kipas dan alat pendingin hawa ditutup mengikut kesesuaian masa.

  16. Tindakan displin yang keras akan diambil pada mereka yang tidak mematuhi arahan ini.