Kod Sekolah: AEA6063

Ditubuhkan pada 1 Mac 2012.

Majlis Perasmian Sekolah

Oleh DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan pada 24 Jun 2013.

Nik Mohamad Supian Bin Nik Awang

Pengetua Kelima SMK Toh Johan.

SOP Covid 19

Amalkan jarak 1 meter.

Pelancaran Program Jom ke Sekolah

Semoga murid-murid akan rajin bersekolah.

Sabtu, 30 November 2013

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Melindungi Masa Instruksional (MMI) merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Kesedaran di semua peringkat sama ada di peringkat KPM, JPN, PPD sehingga ke peringkat sekolah dalam memastikan satu usaha berterusan ke arah memastikan budaya mengurus masa yang optimum dan berkualiti dilaksanakan, adalah amat penting demi pembangunan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran.

Objektif pelaksanaan program MMI ialah:
  1. memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan memahami konsep MMI,
  2. memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan dapat meningkatkan usaha MMIdi sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid,
  3. semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dapat menyebarluaskan konsep MMI ke semua sekolah di bawah pentadbiran mereka,
  4. memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan dalam kalangan murid di semua sekolah, dan
  5. memastikan guru mesti berada di dalam kelas dan melaksanakan pembelajaran dengan berkesan.


Muat turun Buku Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Ahad, 24 November 2013

Kumpulan WhatsApp SMK Toh Johan


Apakah dia WhatsApp?

WhatsApp adalah aplikasi pesanan untuk telefon pintar (smartphone).  WhatsApp Messenger merupakan aplikasi pesanan yang membolehkan kita bertukar pesanan tanpa bayaran SMS, kerana WhatsApp Messenger menggunakan paket data internet yang sama untuk e-mel, melayari web dan lain-lain.

Aplikasi WhatsApp Messenger menggunakan sambungan ke 3G atau WiFi untuk komunikasi data. Dengan menggunakan WhatsApp, kita dapat melakukan sembang di talian, berkongsi fail, bertukar foto, video dan lain-lain.


Kumpulan WhatsApp SMK Toh Johan

WhatsApp SMK Toh Johan mula diaktifkan sejak 22 November 2013. Setakat ini 12 guru dapat berinteraksi di dalam kumpulan ini. Melalui WhatsApp, guru-guru dapat berbual walaupun di luar waktu persekolahan.  Selain dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan guru, ianya dapat dijadikan saluran penyebaran maklumat yang bekesan.

Diharap guru-guru lain dapat memasang aplikasi WhatsApp ke telefon pintar dan bersama dalam kumpulan WhatsApp SMK Toh Johan.


Pendaftaran

Sebelum menggunakan WhatsApp anda harus memasang WhatsApp dengan cara berikut:
  1. Muat turun aplikasi tersebut dari laman webnya.
  2. Pasang aplikasi tersebut ke telefon pintar.
  3. Daftar nombor telefon anda tanpa menggunakan 0 atau format antarabangsa (contoh: +60125507355) kerana WhatsApp menggunakan nombor telefon anda untuk mendaftar anda dalam pangkalan datanya.
  4. Aplikasi kemudian akan mengirimkan kod pengesahan melalui SMS yang memerlukan anda untuk mengisikan kod pengesahan tersebut ke langkah selanjutnya. 
  5. Setelah anda mengesahkan nombor telefon anda, Anda sudah bersedia untuk menggunakannya.
  6. Aplikasi WhatsApp akan secara automatis mendata buku telefon anda untuk menunjukkan siapa-siapa saja yang sudah menggunakan WhatsApp. Untuk mengetahui siapa saja yang sudah masuk ke daftar, tekan pada tab kenalan (contact). Mereka yang menggunakan WhatsApp akan mempunyai status bersama nama mereka.
  7. Mulailah perbualan dengan rakan-rakan anda yang menggunakan WhatsApp dengan mengklik nama tersebut.
  8. Anda dapat juga mengundang teman anda untuk menggunakan aplikasi WhatsApp  dengan menggunakan butang “Invite Friends”.

Platform yang disokong

WhatsApp dapat dijalankan oleh beberapa platform iaitu:
  • Apple iOS
  • BlackBerry
  • Android
  • Symbian
  • Nokia Series 40
  • Windows Phone, sementara ini hanya Windows Phone Mango yang menyokong aplikasi ini

Adakah ia percuma untuk menghantar mesej melalui WhatsApp?

Dengan syarat anda mempunyai pelan data internet yang mencukupi untuk telefon pintar anda dan langganan WhatsApp, ia adalah percuma untuk menghantar dan menerima mesej dan media melalui WhatsApp.

WhatsApp Messenger menggunakan sambungan internet telefon anda untuk menghantar dan menerima mesej, gambar, audio, video, lokasi, dan kenalan. Selagi telefon anda tidak merayau (roaming) dan anda tidak melebihi had data anda, mesej WhatsApp tidak memerlukan kos tambahan.

Jika anda bimbang mengenai penggunaan data, adalah dicadangkan anda menggunakan sambungan Wi-Fi, jika boleh.

Walau bagaimanapun, anda perlu sedar perkara berikut:
  1. Jika telefon anda dalam mod perayauan (roaming), caj data mudah alih tambahan mungkin dikenakan. 
  2. WhatsApp tidak menyediakan ciri memanggil. Jika anda melihat butang [Call] dalam WhatsApp, ia adalah sama dengan menggunakan butang [Call] pada telefon anda. Oleh itu, kadar panggilan pembekal talian untuk telefon anda dikenakan dengan menggunakan butang [Call] dalam WhatsApp.
  3. Jika anda menghantar mesej SMS kepada rakan-rakan anda menjemput mereka untuk menggunakan WhatsApp, bayaran perkhidmatan daripada pembekal mudah alih anda juga dikenakan. 


Rabu, 6 November 2013

Logo Baru Kementerian Pendidikan Malaysia

RASIONAL

Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.



Rekabentuk oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia)

Muat Turun

Sumber:  Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.  http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=3884

Selasa, 5 November 2013

Pendaftaran Murid-Murid Tingkatan 1 2014


Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Pendaftaran Murid-Murid Tingkatan Satu 2014 sekolah ini akan diadakan mengikut ketentuan seperti berikut:
Tarikh:     12 November 2013 (Selasa)
Masa:       09.00 pagi
Tempat:   SMK Toh Johan, Trong

Sehubungan dengan itu, murid-murid Tahun Enam SK Toh Johan, SJK (T) Ladang Getah Taiping dan SJK (C) Siu Sin dijemput hadir bersama ibu/bapa atau penjaga dengan membawa dokumen-dokumen berikut:

  • Surat Kemasukan ke Tingkatan Satu
  • Satu salinan Sijil Lahir dan Kad Pengenalan murid
  • Satu salinan Kad Pengenalan ibu
  • Satu salinan Kad Pengenalan bapa / penjaga
  • Satu salinan Slip Gaji / Kenyataan Pendapatan Ibu/Bapa/Penjaga
  • Satu salinan Keputusan UPSR (jika ada)
  • Borang SMM Versi 4 yang lengkap diisi