Sabtu, 19 Mei 2012

Taklimat Pengurusan dan Pengendalian PBS

Pn Zarina Mohamed Yusoff
Sistem pendidikan negara melalui transformasi penting apabila tidak lagi bergantung 100 peratus kepada peperiksaan bagi menentukan gred pelajar.

Untuk itu, Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) diperkenalkan yang memasukkan kecerdasan akademik, sahsiah murid dan penglibatan dalam kokurikulum sebagai penentu gred peperiksaan awam.

Satu taklimat mengenai Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) telah diadakan untuk guru-guru di Bilik Mesyuarat Utama  pada hari Sabtu, 19 Mei 2012.  Taklimat telah disampaikan oleh Pn Zarina bt Mohamed Yusoff, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (PBS).


 Komen Anda