Selasa, 1 Mei 2012

Pemberian Komputer 1 Malaysia

Seramai 71 orang murid sekolah kita telah terpilih untuk mendapat Komputer 1 Malaysia.  Antara syarat-syarat pemilihan adalah:

  • pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan, dan
  • keluarga belum pernah mendapat komputer 1 Malaysia.

Satu majlis penyerahan Komputer 1 Malaysia akan diadakan di SMK Toh Johan pada pukul 8.00 pagi hari Sabtu, 12 Mei 2012.  

YB Datuk Hj Rosli bin Hussin 
Majlis Penyerahan Komputer 1 Malaysia akan disempurnakan oleh YB Datuk Hj Rosli bin Hussin, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Trong.  Murid-murid yang terpilih akan menerima surat jemputan pada minggu ini dan ibu-bapa atau penjaga diwajibkan hadir.  

Di majlis tersebut, seramai 1,300 orang murid dari 10 buah sekolah menengah dalam Parlimen Bukit Gantang akan hadir bersama guru dan ibu-bapa masing-masing.  Sekolah-sekolah yang terlibat adalah:
  • SABK Maahad Al-Maarif Al-Islamiah, Batu 9, Changkat Jering
  • SABK Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah, Batu 8, Changkat Jering
  • SMA Addiniah, Jelutong
  • SMK Toh Johan, Trong
  • SMK Simpang, Simpang
  • SMK Pengkalan Aur
  • SMK Matang, Matang
  • SMK Tat Beng, Trong
  • SMK Tengku Menteri, Changkat Jering
  • SMK Dato' Wan Ahmad Rasdi, Changkat Jering
Sila klik di sini untuk melihat Album Majlis Penyerahan Netbook 1 Malaysia

 Komen Anda