Ahad, 27 Mei 2012

Program Kepimpinan Pengawas Bil.1/2012

En Mohamad Suhaimi Talib, PK Pentadbiran menyampaikan ceramah..
"Gigih Berusaha, Kreatif, Inovatif dan Berwawasan".  Itulah tema Program Kepimpinan Pengawas yang telah dijalankan pada hari Sabtu, 26 Mei 2012 di Bilik Multimedia.

Pengawas Sekolah merupakan sekumpulan murid yang dilantik khas oleh sekolah untuk membantu dalam pengurusan disiplin murid. Program Kempimpinan Pengawas ini adalah anjuran usahasama Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan Lembaga Pengawas Sekolah.  Program diadakan untuk memberi pendedahan serta pengkongsian pengalaman tentang kemahiran-kemahiran yang boleh membantu Pengawas Sekolah dalam menjalankan tugas dengan berkesan.  Seramai 35 orang Pengawas Sekolah telah hadir dalam program ini.      
Sila klik di sini untuk melihat album Program Kepimpinan Pengawas Bil.1/2012