Khamis, 24 Mei 2012

Cuti-Cuti Belajar

Cuti Pertengahan Tahun 2012 adalah selama dua minggu iaitu mulai 26 Mei hingga 10 Jun 2012.  Sehubungan dengan itu, pihak sekolah menganjurkan Program Cuti-Cuti Belajar untuk semua murid.

Program ini merupakan salah satu daripada Program Peningkatan Akademik sekolah.  Ia bertujuan untuk meningkatkan pencapaian akademik murid-murid dan mewujudkan budaya ilmu di kalangan murid-murid.

Pihak sekolah berharap ibubapa dapat memastikan anak-anak mengikuti program ini dari mula sehingga akhir.  Selain itu, pihak sekolah turut berharap ibubapa dapat memastikan keselamatan anak-anak sewaktu pergi dan balik sekolah semasa program ini dilaksanakan.

Sila klik jadual untuk melihatnya lebih besar.