Jumaat, 31 Mac 2017

Gotong Royong Program Perak Bersih


Kerajaan Negeri Perak mengadakan Program Perak Bersih dengan pelancaran di peringkat negeri oleh YAB Menteri Besar Perak di Ipoh pada hari Jumaat, 31 Mac 2017.  Pelancaran di peringkat daerah dilakukan serentak pada tarikh tersebut.

Pelancaran di Daerah Larut Matang dan Selama diadakan di Gelanggang Bola Keranjang Pokok Assam, Taiping. Antara pengisian program adalah aktiviti gotong-royong.

Kita melaksanakan Gotong Royong Program Perak Bersih Peringkat Sekolah pada pagi hari Jumaat, 31 Mac 2017. Murid-murid dan guru-guru bergotong royong membersih dan mengindah bilik-bilik darjah serta bilik-bilik khas.  Pekerja-pekerja sekolah pula membersihkan sekitar kawasan sekolah.