Pasukan Anti-Denggi Sekolah yang terdiri daripada semua Penolong Ketua Tingkatan (lima belas orang, seorang dari setiap kelas Tingkatan Satu hingga Lima) telah melaksanakan aktiviti "Cari dan Musnah" pagi tadi.
Aktiviti ini, yang diselia oleh Pn. Noni Karim, Setiausaha Jawatankuasa Kesihatan, dijalankan untuk memeriksa dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes, jika ada, di persekitaran sekolah.