Rabu, 19 April 2017

Pn. Roslina Othman Pengetua Baru SMK Toh Johan


Pn. Roslina binti Othman melapor diri sebagai Pengetua baru SMK Toh Johan pada hari ini.  Beliau ialah Pengetua yang keempat sekolah ini mengganti Cik Salmah binti Zakaria yang bertukar ke SMK Tengku Menteri, Changkat Jering.

Sebelum dilantik sebagai Pengetua, Pn. Roslina menjawat jawatan Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Seri Manjung.

Seluruh warga SMK Toh Johan mengalu-alukan kedatangan Pn. Roslina. Semoga SMKTJ bertambah cemerlang di bawah kepimpinan Puan Pengetua.

Pn. Roslina melapor diri di sekolah pada 19 April 2017.

Puan Pengetua, Pn. Roslina Othman dan dua orang Pengetua baru, En. Noor Izuddin (berbaju biru - Pengetua, SMK Sungai Bayor), En. Musa (paling kanan, berbaju putih - Pengetua, SMK Dato' Hj. Hussein) bersama Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama, Tn. Hj. Aminudin bin Mhd Nor di Pejabat Pegawai Pendidikan Daerah LMS pada petang 19 April 2017.