Khamis, 23 Mei 2013

Sekolah Bercuti Sehingga 9 Jun 2013


Diucapkan selamat bercuti kepada semua murid. Manfaatkan cuti sekolah dengan aktiviti berfaedah. Dengarlah pesanan ibu dan bapa dan bantulah mereka semasa cuti ini.

Selamat bercuti dan jangan lupa untuk kembali ke sekolah pada 10hb Jun 2013.

SELAMAT BERCUTI!
[ Petikan daripada: http://kalambestari66.blogspot.com/2013/03/selamat-bercuti.html ]

Selamat bercuti cikgu ucapkan,      
Buat anak-anak didik sekalian;
Minda dah penat perlu direhatkan,    
Namun ilmu jangan dikesampingkan.

Belajarlah terus menghargai masa,
Jangan dibiar berlalu sia-sia;
Ibarat emas begitulah harga,
Sering dikias dalam bahasa.

Ayahbonda hendaklah dihormat,
Usah dilupa walau sesaat;
Seratus persen Allah ditaat,
Supaya hidup kita selamat.

Kerja sekolah yang guru suruh,
Jangan suka ditangguh-tangguh;
Buatlah dengan bersungguh-sungguh,
Jangan tinggalkan separuh-separuh.

Manfaatkan masa dengan berhemah,
Teruskan kebaikan dengan istiqomah;
Walaupun banyak waktu di rumah,
Ilmu pengetahuan boleh ditambah.

Kalau duduk menghadap facebook,
Buatlah status yang elok-elok;
Jangan sampai tersengguk-sengguk,
Pembaziran masa memang dikutuk.

Cubalah berjalan rehatkan minda,
Terperuk di rumah tension kita;
Eratkan ukhuwah sanak saudara,        
Handai taulan dikunjung sama.

Bercuti begini peluang keemasan,
Boleh dicari pelbagai kemahiran;
Bekalan hidup masa hadapan,
Bersama keluarga jalin kemesraan.

Kalau berpeluang kaki melangkah,
Dunia luar sesekali diziarah;
Sambil menikmati ciptaan Allah,
Bersyukurlah atas segala anugerah.