Sambutan Hari Guru peringkat sekolah akan diadakan pada 16 Mei 2013. Tema Hari Guru pada tahun ini adalah "Guru Malaysia: 1 Aspirasi 1 Agenda".
Acara sambutan dirancang dan dikelola oleh Badan Pengawas Sekolah dengan kerjasama Majlis Ketua Tingkatan.
Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu
(Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran
(Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak
(Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.