Sekolah akan indah jika ada banyak pokok-pokok begini. |
Keceriaan sekolah adalah salah satu elemen penting yang akan mempengaruhi disiplin murid. Mengikut kajian pakar-pakar penyelidikan, suasana fizikal sekolah yang kondusif menjadi faktor penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Sehubungan dengan itu, Program 1 Murid 1 Pasu Bunga dilaksanakan untuk menanam sikap sayangkan sekolah serta menyemai semangat kekitaan dan budaya muafakat di kalangan murid-murid, guru-guru serta ibu bapa.
Program ini dilaksanakan selama seminggu mulai hari Isnin, 8 Oktober 2012 hingga Jumaat, 12 Oktober 2012. Setiap murid diminta untuk membawa sebuah pasu bunga pada minggu berkenaan untuk tujuan yang tersebut di atas.
Ibu bapa/penjaga dipohon untuk membantu anak-anak memilih satu pokok bunga yang sesuai untuk dijadikan hiasan di sekolah. Kerjasama dan perhatian ibu bapa untuk menjayakan Program 1 Murid 1 Pasu Bunga ini amatlah dihargai.
Komen Anda