Sekolah mula dibina pada 31 Julai 2009 di atas tanah yang seluas 25 ekar. Sekolah yang mempunyai tujuh blok ini menelan belanja RM19.15 juta.
Bangunan sekolah ini siap pada 1 April 2011. Sebelum beroperasi sepenuhnya, penjaga awalnya (care taker) ialah En. Harun bin Ahmad dan En. Mohd. Zairul bin Hj. Idris.
Bilangan guru pada sesi awal ini ialah seramai 20 orang, iaitu terdiri daripada seorang Penolong Kanan Pentadbiran, empat orang Guru Kanan Mata Pelajaran, dan 15 orang guru biasa. En. Mohamad Suhaimi bin Talib merupakan PK Pentadbiran yang pertama sekolah ini.
Sekolah ini mempunyai tujuh buah blok bangunan. Blok-blok itu adalah seperti yang berikut:
Blok Pentadbiran - Pejabat, Bilik Guru, Bilik Mesyuarat, Bilik Rawatan, Bilik Buku Teks dan Koperasi
Blok Makmal - Makmal-Makmal Sains Tulen dan Sains
Blok Perpustakaan - Pusat Sumber, Bilik Media dan Bilik Tayangan
Blok Bengkel - Bengkel Kemahiran Hidup dan Makmal Komputer
Blok Akademik (2) - Bilik-bilik darjah
Blok Kantin - Kantin
Pada 1 April 2012, sekolah ini menerima seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. En. Mohamad Basri bin Hamzah merupakan PK HEM yang pertama sekolah ini.
Pada 11 Jun 2012, sekolah ini menerima pengetuanya, iaitu Pn. Azizah bt. Sharif. Beliau merupakan pengetua yang pertama sekolah ini.
Majlis Penerimaan Bangunan Sekolah diadakan pada 12 Jun 2012. Majlis ini disempurnakan oleh To’ Puan Rabiah bt. Safian, Timbalan Setiausaha, Bahagian Pembangunan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Blok Pentadbiran - Pejabat, Bilik Guru, Bilik Mesyuarat, Bilik Rawatan, Bilik Buku Teks dan Koperasi
Blok Makmal - Makmal-Makmal Sains Tulen dan Sains
Blok Perpustakaan - Pusat Sumber, Bilik Media dan Bilik Tayangan
Blok Bengkel - Bengkel Kemahiran Hidup dan Makmal Komputer
Blok Akademik (2) - Bilik-bilik darjah
Blok Kantin - Kantin
Barisan guru 2013. Sila klik pada gambar untuk melihat lebih jelas.
Mulai 16 Mac 2013, Pengetua sekolah ini Puan Azizah binti Sharif bertukar ke SMK Sungai Manik dan digantikan oleh Encik Suhaimi bin Ramli.
Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah merasmikan sekolah pada hari Isnin, 24 Jun 2013.
Turut berangkat sama ialah Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim. Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd. Ghazali Jalal; Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud serta beberapa Exco kerajaan negeri.
Lihat berita di Utusan Malaysia: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130625/dn_09/Bahasa-Melayu-instrumen-perpaduan---Raja-Dr-Nazrin
Video amatur di Bilik Pameran.
Maaf audio kurang memuaskan. Tahniah kepada ketiga-tiga pelajar, Theva Thev, Aliff Zikri dan Farhana.
Asal nama Trong oleh Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh, Sasterawan Negara 1991