Isnin, 6 Januari 2014

Pengetua Melancarkan Program Ponteng Sifar 2014


Program Ponteng Sifar 2014 telah dilancarkan dengan rasmi oleh Tuan Pengetua, En Suhaimi bin Ramli semasa Perhimpuan Rasmi Mingguan, Isnin 6 Januari 2014.


Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran di kalangan murid dan guru tentang pentingnya peranan mereka dalam mengurangkan kadar ponteng sekolah dan ponteng kelas.  Hal ini juga dapat membaiki tahap disiplin dan akademik setiap murid dan sekali gus menaikkan reputasi SMK Toh Johan.


Objektif Program:
  • Menyedarkan murid tentang pentingnya hadir ke sekolah dan berada di dalam kelas pada setiap masa pengajaran dan pembelajaran.
  • Murid dapat mengetahui dan memahami implikasi gejala ponteng.
  • Menanam, menghayati dan mengamalkan budaya positif di kalangan murid.
Aktiviti Program:
  • Maklumat Kehadiran Harian untuk e-Kehadiran oleh Guru Kelas
  • Pengisian Maklumat Kehadiran Murid Semasa Pengajaran dan Pembelajaran oleh Guru Mata Pelajaran
  • Pengeluaran Surat-surat Amaran Tidak Hadir ke Sekolah oleh Guru Kelas
  • Sijil Penghargaan untuk Kelas Peratus Kehadiran Tertinggi setiap bulan
  • Sijil Penghargaan untuk Murid Hadir Penuh Bulanan
"Jom kita ke sekolah; moh kita ke kelas!"