Khamis, 20 Februari 2014

Akujanji Murid Tingkatan 3 dan 5

Anak kunci kejayaan diri dan kehidupan bermula dengan adanya tujuan atau matlamat.  Hanya dengan tujuan yang khusus dan realistik dapat mendorong seseorang itu untuk berusaha dan berikhtiar bagi mencapai tujuan atau matlamat tersebut.

Oleh itu, Majlis Akujanji Murid Tingkatan 3 dan 5 akan diadakan di Dewan Sekolah pada hari Jumaat, 21 Februari 2014 mulai pukul 10.00 pagi.  Majlis akan dirasmikan oleh Tn Hj Hamdan bin Murad, Yang Dipertua, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG).

Murid-murid Tingkatan 3 dan 5 diminta meletakkan sasaran pencapaian masing-masing dalam peperiksaan PPMR dan SPM mengikut tahap kebolehan dan kemampuan sendiri berpandukan pencapaian dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2013.

Mereka akan menandatangani sasaran yang disasarkan yang merupakan satu janji yang dibuat antara murid dan ibubapa atau penjaga dengan pihak sekolah untuk mencapai target cemerlang dalam peperiksaan yang akan diduduki.  Seterusnya, ketiga-tiga pihak akan berusaha ke arah merealisasikan hasrat terebut sesuai dengan tema program ini, iaitu, "Sikap Positif dan Kesungguhan Aset Kecemerlangan".

Ibu bapa murid-murid Tingkatan 3 dan 5 dijemput hadir untuk memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak Tingkatan 3 dan 5 yang akan menghadapi peperiksaan awam (PPMR dan SPM) pada tahun ini.

Atur Cara Majlis

9.30 pagi     Murid-murid Tingkatan 3 dan 5 bersedia di Dewan Terbuka
                   Pendaftaran ibubapa dan mengambil tempat di dewan

10.00          Ucapan Alu-Aluan Pengacara Majlis
                   Bacaan Doa
                   Ucapan Pengetua
                   Ucapan Perasmian oleh Yang Dipertua, PIBG
                   Akujanji Murid, diketuai oleh wakil murid.

11.00          Menandatangani Borang Akujanji
                  Murid dan dan ibubapa di hadapan Guru Kelas

12.00 t/h     Bersurai


Buku Atur Cara