Sabtu, 8 Mac 2014

Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih Pengarah Pendidikan Negeri Perak



Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera...

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya akan bersara wajib dari Perkhidmatan Awam mulai 10 Mac 2014 setelah berkhidmat selama 35 tahun. Sepanjang tempoh perkhidmatan tersebut, saya telah mendapat bantuan serta sokongan daripada pelbagai pihak yang mana dapat memudahkan penyempurnaan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya yang sentiasa berhubung kait dengan semua peringkat.

2. Menyedari perkara ini, saya dengan rasa syukur, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada tuan / puan atas segala kerjasama, sokongan dan persefahaman yang telah diberikan sepanjang saya berkhidmat menerajui organisasi pendidikan di negeri Perak dan semoga kerjasama sedemikian akan terus diberikan kepada pengganti saya kelak.

3. Dikesempatan ini, saya dengan rasa rendah diri memohan maaf sekiranya ada tindakan saya sama ada perbualan atau pertuturan yang kurang menyenangkan tuan / puan semasa saya menjalankan tugas.  

4. Akhir kata, saya sentiasa mendoakan semoga Allah melimpahkan rahmatNya agar tuan / puan akan sentiasa berada di dalam keadaan sihat walafiat untuk terus menymbangkan bakti kepada agama, bangsa dan negara.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada,
HAJI MUHAMAT ROLI BIN HAJI HASSAN, PMP. AMN, AMP.
Pengarah Pendidikan Perak

______________________________________
Sumber:  Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Perak, http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=102&id=1349, yang diakses pada 8 Mac 2014 @ 10:09 am.