En. Thavarajah lebih dikenali sebagai Cikgu Raj |
Beliau lebih dikenali sebagai Cikgu Raj di kalangan murid-murid dan guru-guru. Cikgu Raj yang berkelulusan B.Sc (Hons.) Maths, University of York, UK dan Dip Pendidikan, IPG Persekutuan, Pulau Pinang memulakan kerjaya sebagai guru di SMK Toh Johan mulai 9 Oktober 2012.
Satu acara ringkas telah diadakan pada Majlis Perhimpunan Rasmi Mingguan hari ini untuk meraikan perpisahan beliau.
Semua warga sekolah akan merasai kehilangan beliau dan mendoakan semoga Cikgu Raj akan terus berkhidmat dengan cemerlang di tempat baru.