Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa program tersebut akan diadakan seperti butiran di bawah ini.
Tarikh: 18 Julai 2013 (Khamis)
Masa: 12.30 tengah hari - 01.50 tengah hari
Tempat: Bilik Darjah
Program ini bertujuan untuk membincangkan prestasi pelajaran anak-anak. Di samping itu, program ini memberi peluang kepada guru-guru untuk berkenalan dengan ibu bapa serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ibu bapa dengan guru. Dengan ini, kita dapat mencari jalan yang paling berkesan untuk meningkatkan pencapaian akademik anak-anak.
Pada hari ini juga, ibu bapa boleh menandatangani dan mengambil slip keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun anak-anak.