Isnin, 4 Februari 2013

Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 2013


Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 2013 akan diadakan pada hari Rabu, 6 Februari 2013.  Majlis akan disempurnakan oleh YB Datuk Hj Rosli bin Husin, ADUN Trong.  Semua ibu bapa dan penjaga murid dijemput hadir.

Atur cara majlis adalah seperti berikut:

2.00 petang 
  • Ketibaan ibu bapa / penjaga
  • Pendaftaran kehadiran (di laluan Aras Bawah)


2.30 petang
  • Ketibaan YB Datuk Hj Rosli bin Husin, ADUN Trong
  • Bacaan Doa oleh Ustaz Ahmad Zahidi bin Lit
  • Ucapan Yang Dipertua, PIBG, Tn Hj Hamdan bin Murad
  • Ucapan Pengetua, Pn Azizah bt Sharif
  • Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Hj Rosli bin Husin, ADUN Trong
  • Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 2013 kepada ibu bapa murid-murid Tingkatan 5 Anggerik


3.45 petang
  • Tetamu Kehormat dijemput ke Bilik Mesyuarat Utama untuk kudapan
  • Ibu bapa dipersilakan ke kelas anak-anak untuk menerima Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 2013 daripada Guru Kelas