- Murid (selepas ini disebut pengguna) tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin guru.
- Semua pengguna dikehendaki mengikut Jadual Waktu Penggunaan Makmal Komputer yang telah disediakan.
- Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda dan bergaduh di dalam makmal.
- Pengguna dilarang membawa masuk makanan dan minuman.
- Alat tulis yang dibenarkan sahaja boleh dibawa masuk.
- Beg diletak di luar atau di dalam (tempat ditetapkan oleh guru) dan disusun dengan rapi.
- Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal dan peralatan dan pastikan tiada sampah sarap semasa meninggalkan makmal.
- Pengguna dilarang sama sekali melayari internet pada alamat yang tidak bermoral atau yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat. kaum, dan negara.
- Pengguna dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer atau membuat sebarang pengubahsuaian atau cuba membaiki sendiri sebarang kerosakan.
- Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada Penyelaras Makmal Komputer atau Guru Mata Pelajaran.
- Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu terbakar atau keadaan disyaki tidak normal, sila laporkan kepada Penyelaras Makmal Komputer atau Guru Mata Pelajaran.
- Tidak dibenar menggunakan makmal semasa hujan atau kilat.
- Pastikan anda menggunakan Username dan Password yang dibenarkan sahaja.
- Jika berlaku kecemasan, sila patuhi arahan guru dan panduan kecemasan.
- Sebelum keluar pastikan kerusi disusun kemas, lampu, kipas dan alat pendingin hawa ditutup mengikut kesesuaian masa.
- Tindakan displin yang keras akan diambil pada mereka yang tidak mematuhi arahan ini.