Selasa, 26 Jun 2012

Ceramah Israk dan Mikraj

 

Israk dan Mikraj adalah salah satu daripada hari-hari kebesaran Islam yang amat dimuliakan.  Oleh itu, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Persatuan Agama Islam akan mengadakan ceramah sempena hari tersebut.  Ceramah buat kali pertama ini adalah sebagai suatu penghayatan terhadap perjalanan dan pengorbanan Rasulullah s.a.w. di dalam memperjuangkan dakwah Islam yang akan menjadi pedoman kepada murid-murid. 

Tarikh:          Jumaat, 29 Jun 2012
Masa:           10.30 pagi
Tempat:        Tapak Perhimpunan
Penceramah: Al-fadhil Ustaz Saidin bin Md Hasnam
Tajuk:           Pemantapan Akidah di Sebalik Peristiwa Israk dan Mikraj