
Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah merasmikan sekolah pada hari Isnin, 24 Jun 2013.
Turut berangkat sama ialah Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim.
Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd. Ghazali Jalal; Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud serta beberapa Exco kerajaan...