Kod Sekolah: AEA6063

Ditubuhkan pada 1 Mac 2012.

Majlis Perasmian Sekolah

Oleh DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan pada 24 Jun 2013.

Nik Mohamad Supian Bin Nik Awang

Pengetua Kelima SMK Toh Johan.

SOP Covid 19

Amalkan jarak 1 meter.

Pelancaran Program Jom ke Sekolah

Semoga murid-murid akan rajin bersekolah.

Rabu, 31 Julai 2013

Cuti Berganti Hari Raya Aidilfitri


Adalah dimaklumkan bahawa 5hb Ogos 2013 (Isnin) dan 6 Ogos 2013 (Selasa) adalah cuti berganti sempena Hari Raya Aidilfitri.

Sehubungan dengan itu, sekolah akan bercuti mulai 3 Ogos 2013 hingga 18 Ogos 2013.  

Tarikh ganti persekolahan adalah pada hari-hari Sabtu, 24 Ogos menggunakan jadual waktu hari Isnin dan Sabtu, 7 September menggunakan jadual waktu hari Selasa.


Diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Bercuti kepada semua.


Khamis, 25 Julai 2013

edunation, Tuisyen Percuma Untuk Semua

http://www.edunation.my
EduNation sebuah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan menyediakan laman web percuma yang mengandungi berbagai-bagai tip, contoh dan video tutorial langkah demi langkah untuk membimbing pembelajaran murid.

Sebagai permulaan, subjek-subjek yang disediakan adalah Matematik, Sains, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.

Cubalah layari laman web ini dan lihat sendiri apa yang ditawarkan.





Isnin, 22 Julai 2013

Selamat Berpisah Cikgu Raj

En. Thavarajah lebih dikenali sebagai Cikgu Raj
En. Thavarajah a/l Selvarajah menamatkan perkhidmatan beliau di SMK Toh Johan hari ini kerana akan memulakan tugas baru sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi Labuan mulai 23 Julai 2013.

Beliau lebih dikenali sebagai Cikgu Raj di kalangan murid-murid dan guru-guru.  Cikgu Raj yang berkelulusan B.Sc (Hons.) Maths, University of York, UK dan Dip Pendidikan, IPG Persekutuan, Pulau Pinang memulakan kerjaya sebagai guru di SMK Toh Johan mulai 9 Oktober 2012.

Satu acara ringkas telah diadakan pada Majlis Perhimpunan Rasmi Mingguan hari ini untuk meraikan perpisahan beliau.

Semua warga sekolah akan merasai kehilangan beliau dan mendoakan semoga Cikgu Raj akan terus berkhidmat dengan cemerlang di tempat baru.

Khamis, 18 Julai 2013

Hari Komunikasi Ibu Bapa - Guru Tingkatan 3 dan 5

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa program tersebut akan diadakan seperti butiran di bawah ini.

Tarikh:     18 Julai 2013 (Khamis)
Masa:      12.30 tengah hari - 01.50 tengah hari
Tempat:   Bilik Darjah

Program ini bertujuan untuk membincangkan prestasi pelajaran anak-anak.  Di samping itu, program ini memberi peluang kepada guru-guru untuk berkenalan dengan ibu bapa serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ibu bapa dengan guru.  Dengan ini, kita dapat mencari jalan yang paling berkesan untuk meningkatkan pencapaian akademik anak-anak.

Pada hari ini juga, ibu bapa boleh menandatangani dan mengambil slip keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun anak-anak.

Gempur Task Force Bahasa Melayu & Sejarah SPM 2013


Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Task Force mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2013, Jabatan Pelajaran Perak telah menyediakan soalan bagi pelaksanaan Gempur Task Force Bahasa Melayu dan Sejarah Tingkatan 5  yang akan dijalankan di semua sekolah menengah.

Jadual Waktu Gempur Task Force boleh di muat turun di bawah.

Selasa, 9 Julai 2013

Waktu Persekolahan Bulan Ramadan


Dengan segala hormatnya dimaklumkan kepada semua ibu bapa / penjaga bahawa waktu persekolahan sepanjang bulan Ramadan adalah seperti jadual berikut:

Sila klik pada jadual untuk melihat dengan lebih jelas.

Pihak sekolah amat berharap agar ibu bapa dapat memastikan anak-anak hadir dan balik mengikut ketentuan yang tersebut di atas.

Selamat berpuasa.