Kod Sekolah: AEA6063

Ditubuhkan pada 1 Mac 2012.

Majlis Perasmian Sekolah

Oleh DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan pada 24 Jun 2013.

Nik Mohamad Supian Bin Nik Awang

Pengetua Kelima SMK Toh Johan.

SOP Covid 19

Amalkan jarak 1 meter.

Pelancaran Program Jom ke Sekolah

Semoga murid-murid akan rajin bersekolah.

Khamis, 28 Jun 2012

Murid-Murid 8A PMR 2013

Murid-murid yang berpotensi untuk mendapat 8A dalam PMR 2013.
Sila klik pada gambar di atas untuk melihatnya lebih jelas.
Seramai 21 orang murid Tingkatan 2 telah dikenal pasti berpotensi untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun depan.

Murid-murid yang terpilih ini mestilah berusaha bersungguh-sungguh dari sekarang supaya akan dapat mencapai matlamat yang dikehendaki itu.

Kualiti-kualiti murid cemerlang adalah seperti berikut:
[ Petikan daripada "Motivasi Pelajar Cemerlang" http://tatabahasastpm.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=1157&Itemid=491 yang diakses pada 28 Jun 2012. ]

Amanah

Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia juga sedar bahawa segala perbuatannya adalah sentiasa diperhatikan oleh Allah S.W.T./ Tuhan yang maha Esa. 

Bijak

Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.

Cergas

Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.

Dedikasi

Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik.

Elok

Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan. 

Pelajar yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya. 

Faham

Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.

Gigih

Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya. 

Hasrat

Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya itu memberikan suntikan motivasi kepadanya berusaha lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam kehidupannya.

Iman

Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T./Tuhan dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ia juga mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.

 Komen Anda

Rabu, 27 Jun 2012

Latihan Kebakaran dan Program Bersama Jabatan Pertahanan Awam

Satu latihan kebakaran telah diadakan pada pagi hari Rabu, 27 Jun 2012.  
Warga sekolah mengambil masa kurang daripada lima minit untuk meninggalkan bangunan sekolah dan berkumpul di Padang Sekolah.  Pada sebelah petangnya pula murid-murid telah ditunjukkan cara-cara memadam api oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Sila klik di sini untuk melihat Album Latihan Kebakaran & Bersama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
Program Bersama Komuniti "GEMPO-JPAM PERAK 2012"

 Komen Anda

SMM: Untuk Tindakan Guru Tingkatan


Guru-Guru Tingkatan diminta memuat turun Manual Penggunaan SMM di bawah untuk tindakan selanjutnya.  Sila klik pada butang Download.



 Komen Anda

Selasa, 26 Jun 2012

Ceramah Israk dan Mikraj

 
Israk dan Mikraj adalah salah satu daripada hari-hari kebesaran Islam yang amat dimuliakan.  Oleh itu, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Persatuan Agama Islam akan mengadakan ceramah sempena hari tersebut.  Ceramah buat kali pertama ini adalah sebagai suatu penghayatan terhadap perjalanan dan pengorbanan Rasulullah s.a.w. di dalam memperjuangkan dakwah Islam yang akan menjadi pedoman kepada murid-murid. 

Tarikh:          Jumaat, 29 Jun 2012
Masa:           10.30 pagi
Tempat:        Tapak Perhimpunan
Penceramah: Al-fadhil Ustaz Saidin bin Md Hasnam
Tajuk:           Pemantapan Akidah di Sebalik Peristiwa Israk dan Mikraj

Jumaat, 22 Jun 2012

Merentas Desa 2012


Acara sulung Merentas Desa telah diadakan hari ini dalam suasana yang meriah.  Sila klik di bawah untuk melihat album gambar.
Sila klik di sini untuk melihat Album Merentas Desa 2012 (Album 1)
Merentas Desa 2012 (Album 2)

 Komen Anda

Selasa, 19 Jun 2012

Mathematics... it’s nothing short of magic! (Part 1)

Think of a number (and don't forget it). Double it. Add six. Divide your answer by two. Now take away the number you first thought of. The number in your head is now... three!
Magic? Well, it is to an eight year old. Until you understand the basics of functions and algebra, the thought that a number can be predicted is a surprising one. And of course "magic" and "being surprised" are often the same thing. Pulling a rabbit out of a hat is magic because it goes against what we expect, and also because we can't explain how it has been done.
Let's look at another example of mathematical magic. This trick is going to make a number you choose appear six times (to get the best effect it helps if you have a calculator). Think of a number between 1 and 9. Now multiply it by 7, then by 3, next by 11, then by 37, and finally by 13.
If you haven't seen it before, the result will surprise you and make you smile. And even adults have been know to regard this as a magic trick (especially when it's dressed up with a bit of appropriate patter).
Like all tricks, it has a perfectly logical explanation. The numbers 3, 7, 11, 13 and 37 are the prime factors of 111,111. Why does it appear magical? Because we like pretty patterns, and our experience tells us that multiplying lots of familiar "boring" numbers doesn't normally produce something pretty. Incidentally, numbers that are made up entirely of ones are known by mathematicians as "repunits", and repunits have many interesting properties. For example, 1112=12321. Half of all repunits are exactly divisible by 11, and the other half when divided by 11 give a remainder of 1. (Actually that result is pretty obvious when you think about it.) Because of its everyday factors, I find the six digit repunit the most interesting one of all.
Maths and magic have been partners for a long time. Back in the days of Pythagoras, numbers were connected more with mysticism than with conjuring, but discoveries like the "3, 4, 5" triangle were enough to make people believe that some numbers must have magical powers. In the 19th century, Lewis Carroll (a.k.a. Charles Dodgson, a maths lecturer at Oxford) was fascinated by all sorts of tricks and puzzles to do with numbers, some of which magicians still use today. And in modern times, the maths populariser Martin Gardner is one of many mathematicians who are also practising conjurers.
All of these mathemagicians trade off the fact that you can usually predict precisely the outcome of doing something in mathematics, but only if you know the secret beforehand. And since so few people know the secrets of maths, it provides rich possibilities for mind-reading and other "miraculous" deeds. (original text by Rob Eastaway, 2001)

 Komen Anda

Khamis, 14 Jun 2012

Album Proses Pembinaan Sekolah


BUTIRAN PEMBINAAN SEKOLAH

Pemilik
Kementerian Pelajaran Malaysia

Perunding Arkitek
Studioplan Design and Partnership

Jurutera C&S
Dr Nik & Associates Sdn Bhd

Jurutera M&E
Perunding Kejuruteraan Perdana

Jurukur Bahan
FL Associates

Kontraktor Utama
Aman Selama Sdn Bhd

Tarikh Milik Tapak
31 Julai 2009

Tarikh Jangka Siap
31 Januari 2011

Tarikh Siap Sebenar
29 Julai 2011

Tarikh Penerimaan Murid Pertama
5 Mac 2012

Sila klik pada gambar untuk melihat album pembinaan.
Pembinaan Blok Pentadbiran
Pembinaan Blok Makmal
Pembinaan Blok Bengkel
Pembinaan Blok Akademik
Pembinaan Blok Perpustakaan
Pembinaan Kantin
Pembinaan Tapak Perhimpunan
Pembinaan Jambatan

Rabu, 13 Jun 2012

SMK Toh Johan Diserahkan Secara Rasmi

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SMK TOH JOHAN, TRONG disempurnakan oleh Y.BHG. TO’ PUAN RABIAH BINTI HAJI SAFIAN
Timbalan Setiausaha
Bahagian Pembangunan
Kementerian Pelajaran Malaysia
pada 12 Jun 2012 di Bilik Mesyuarat Utama, SMK Toh Johan

Majlis Penyerahan Projek pada 12 Jun 2012
Sila klik di sini untuk melihat album Majlis Penyerahan Sekolah

Selasa, 12 Jun 2012

Proses Pembinaan SMK Toh Johan


Lihat bagaimana SMK Toh Johan dibina dari awal hingga siap keseluruhannya.

Album Sambutan Kedatangan Pengetua

Satu majlis ringkas telah diadakan pada hari Isnin, 11 Jun 2012 bagi menyambut kedatangan Pengetua, Pn Azizah bt Sharif. Lihat album:



Lihat Biodata Pengetua

 Komen Anda

Khamis, 7 Jun 2012

Album Mesyuarat Pengurusan Bil.3/2012

Lihat Album Mesyuarat Pengurusan Bil.3/2012 iaitu mesyuarat pertama bersama Puan Pengetua, Pn Azizah bt Sharif, yang diadakan pada hari Khamis, 7 Jun 2012 di Bilik Mesyuarat Kecil.

Jumaat, 1 Jun 2012

Mesyuarat Pengurusan Bil. 3/2012

Mesyuarat yang tersebut di atas akan diadakan mengikut ketentuan berikut:

Tarikh :     7 Jun 2012 (Khamis)
Masa :      9.30 pagi
Tempat :   Bilik Mesyuarat Kecil

Ini adalah mesyuarat yang pertama bersama Pengetua, Pn Azizah bt Sharif.  Guru-guru yang terlibat diwajibkan hadir.  Sila semak e-mel yang telah dikirim ke e-mel rasmi.
--

MOHAMAD SUHAIMI BIN TALIB
Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Toh Johan
34800 Trong