Kod Sekolah: AEA6063

Ditubuhkan pada 1 Mac 2012.

Majlis Perasmian Sekolah

Oleh DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan pada 24 Jun 2013.

Nik Mohamad Supian Bin Nik Awang

Pengetua Kelima SMK Toh Johan.

SOP Covid 19

Amalkan jarak 1 meter.

Pelancaran Program Jom ke Sekolah

Semoga murid-murid akan rajin bersekolah.

Jumaat, 27 April 2012

Bergambar Ramai

Hari ini guru dan murid gembira kerana dapat bergambar ramai selepas Majlis Bacaan Yaasin.  Sekolah yang mula beroperasi sejak 5 Mac 2012 kini mempunyai 218 orang murid dan 21 orang guru.

Sila klik pada gambar ini untuk melihatnya lebih besar.

 Komen Anda

Rabu, 25 April 2012

Hitung Kepala

UPDATE - GURU-GURU HANYA PERLU MASUKKAN MARKAH TOV DAN ETR SAHAJA. PENGIRAAN AKAN DIBUAT SECARA AUTOMATIC. Boleh dimuat turun di sini:

Makluman Guru: Head Count

Guru mata pelajaran diminta membuat Head Count murid.  Sila hantar kepada Ketua Panitia pada atau sebelum 27 April 2012.  Ketua Panitia perlu membuat rumusan setiap mata pelajaran mengikut Tingkatan. 

Ketua Panitia boleh berbincang dengan Guru Kanan Mata Pelajaran sebelum dibawa ke dalam Mesyuarat Kurikulum Ke-2 yang akan diadakan pada 2 Mei 2012.

Target setiap mata pelajaran hendaklah mengikut Tingkatan.  ETR (Target) untuk kuantiti mestilah melepasi 90% manaka ETR untuk kualiti mestilah sekurang-kurangnya 33.3% atau 1/3 daripada jumlah murid mengikut Tingkatan.

Contoh format Head Count boleh dimuat turun di sini:  http://bit.ly/smktj-headcount.

Isnin, 23 April 2012

www.smktj.edu.my

www.smktj.edu.my

Mulai hari ini, laman web rasmi sekolah kita kini menggunakan alamat di atas yang amat mudah diingati.  Alamat yang berakhir dengan "edu.my" ini adalah dikhaskan untuk institusi pendidikan di Malaysia sahaja, "edu" adalah ringkas untuk education (pendidikan) manakala "my" adalah ringkas untuk Malaysia.  Semua laman web Malaysia, mendapat akhiran alamat "my".

Jika kita meneliti alamat-alamat Internet kita akan dapat melihat pelbagai akhiran yang mempunyai maksud tertentu seperti berikut :

•    com.my        Bagi organisasi/aktiviti komersial.

•    net.my          Bagi organisasi/aktiviti yang berkaitan dengan rangkaian

•    org.my          Bagi organisasi yang tidak layak untuk kategori lain

•    edu.my         Bagi institusi pendidikan Malaysia sahaja

•    gov.my         Bagi agensi kerajaan Malaysia sahaja

•    mil.my          Bagi agensi ketenteraan Malaysia sahaja

•    nama.my      Bagi kegunaan individu di Malaysia sahaja


Semoga smktj.edu.my ini akan dapat digunakan sepenuhnya oleh murid, guru dan ibu-bapa.  Murid-murid boleh mendapat maklumat terkini mengenai aktiviti di sekolah.  Guru-guru boleh menyalurkan maklumat yang hendak disampaikan kepada ibu-bapa dan murid-murid di sini.  Manakala ibu-bapa pula boleh melihat sendiri apa yang sedang berlaku di sekolah melalui berita dan laporan yang disiarkan. 

Sabtu, 21 April 2012

Guru Kerja 9 Jam Bermula Tahun 2012. Apa Pendapat Anda?

Sekitar 5,000 guru dari 104 buah sekolah akan menjadi “bahan eksperimen” kepada sistem waktu bekerja iaitu guru kerja 9 jam mulai Januari 2012 meliputi 4 negeri seperti Pahang, Melaka, Johor & Sarawak.

Pelaksanaan guru kerja 9 jam :

Tempoh percubaan 6 bulan di Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak untuk diperhalusi Kementerian Pelajaran Malaysia

Tempoh percubaan bagi waktu guru kerja 9 jam di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.

Walaubagaimanapun Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) tidak bersetuju dengan pelaksanaan guru kerja 9 jam ini kerana :

Mana-mana guru kerja 9 jam nanti dikhuatiri akan lebih tertekan selepas terpaksa mengikut perubahan waktu kerja baru ini yang akan menganggu tugas mereka di sekolah

Pelaksanaan dasar guru kerja 9 jam sama seperti seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah

Guru ada banyak tugasnya. Mereka bukan sahaja pendidik malah guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya.

Ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan

Kami memang akui cabaran menjadi guru sekarang tidak seperti dahulu. Dalam banyak-banyak point yang diberikan NUTP, kami lebih tertarik kepada multitasking yang perlu guru lakukan sekarang ini bukan setakat menjadi pendidik sahaja. Ya….memang benar, boleh sahaja meminta guru-guru kerja 9 jam seperti penjawat awam yang lain, tetapi apakah kualiti tumpuan yang mampu guru berikan sama seperti sebelum daripada pengenalan pelaksanaan guru kerja 9 jam ini?

Sumber : http://beritasemasa.com/guru-kerja-9-jam-2012

Khamis, 19 April 2012

Ken Robinson says schools kill creativity

Sir Ken Robinson makes an entertaining and profoundly moving case for creating an education system that nurtures (rather than undermines) creativity.


Creativity expert Sir Ken Robinson challenges the way we're educating our children. He champions a radical rethink of our school systems, to cultivate creativity and acknowledge multiple types of intelligence.


Rabu, 18 April 2012

Guru Perlu Fasih BM, BI

Kementerian Pelajaran disaran supaya memperketatkan pengambilan pelajar ke institut pendidikan guru (IPG) demi meningkatkan profesion keguruan dengan melahirkan guru yang fasih dalam bahasa Melayu (BM) dan bahasa Inggeris (BI).

Bagi menjayakan saranan ini, pelajar perlu mendapat kepujian dalam kedua-dua subjek di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bukannya sekadar mendapat kredit untuk BM atau lulus bagi BI.

Hal ini penting untuk merealisasikan dasar Memartabatkan BM Memperkasakan BI (MBMMBI) di samping untuk mengatasi masalah sekiranya guru, atas pelbagai sebab, 'terpaksa' mengajar salah satu subjek bahasa berkenaan apabila ditempatkan di sekolah.

Paling tidak, dengan asas yang kukuh dalam kedua-dua subjek ini, guru terbabit tidak akan berdepan masalah besar untuk mengajar mata pelajaran bahasa walaupun mengambil opsyen subjek lain ketika di IPG.

Malah dengan menguasai serta memiliki kemahiran berkomunikasi dalam kedua-dua bahasa secara fasih akan melonjakkan martabat guru dan dipandang tinggi terutama ketika bermesyuarat atau membuat pembentangan di luar negara.

Pada masa yang sama, guru yang hebat dalam kedua-dua subjek ini akan turut melahirkan murid yang cemerlang serta mempunyai kemahiran berbahasa yang tinggi.

Bagaimanapun, untuk meningkatkan kemahiran berbahasa di kalangan murid, sukatan pelajaran subjek BM serta BI perlu disemak semula untuk membolehkan guru berinovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Sukatan pelajaran sedia ada agak padat dan perlu dihabiskan dalam tempoh masa ditetapkan menjadi faktor mengekang guru daripada menerapkan kaedah P&P yang menyeronokkan seperti melalui pendekatan bercerita atau secara drama.

Walhal pengajaran subjek bahasa memerlukan banyak latihan yang melibatkan pengungkapan kata, pengucapan awam dan komunikasi berkesan.

Akibat hambatan sukatan pelajaran juga menyebabkan pusat sumber sekolah yang dipenuhi banyak bahan bacaan tambahan tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Ia turut menjejaskan usaha membangun modal insan yang dapat menguasai kedua-dua bahasa dengan baik.

Sungguhpun begitu, dalam memperkasa BI, Kementerian Pelajaran telah mengambil beberapa langkah proaktif seperti menempatkan penutur jati di sekolah terpilih, mengambil guru bersara mengajar semula secara kontrak dan latihan khas kepada guru yang masih dalam perkhidmatan.

Selasa, 17 April 2012

Sekolah Sabtu, 21 April 2012


Adalah dimaklumkan bahawa hari Sabtu, 21 April 2012 adalah hari persekolahan.  Ini adalah bagi mengganti cuti tambahan yang akan diambil sempena Hari Raya Haji 2012 (Khamis, 25 Oktober 2012).   Pada hari berkenaan Jadual Waktu hari Khamis akan digunakan.